BEN ASHAARI

Thursday, September 12, 2013

SAMBAL TUMIS KUPANG SAMA PETAI....

rsz_sambal_kupang_petai
Petang semua, assalammualaikum. Kalau ikutkan mata rasa nak lelap dah ni, tapi kenangkan blog masih belum berupdate, maka cm sendal dengan mancis kat kelopak mata dan terus update blog...hehe..cm tipu aje lah, mana ada sengkang mata dengan mancis. Sebenarnya masa yang agak terbatas telah menyebabkan cm tak boleh nak update blog seperti biasa, huhu....yang mana sempat lah kan. Untuk entri hari ni cm letak resipi sambal tumis kupang sama petai. Ada yang hairan bila cm guna kupang untuk buat sambal, are u sure che mat, you can make sambal tumis wif 'kupang?"...Opkos boleh, kan kita buat dia, yea tak. Dah tu siap lambakkan dengan petai lagi dalam sambal. Maklumlah musim petai sekarang ni, mana2 pergi nampak orang jual. Selain kupang anda boleh tukar dengan udang atau pun sotong. Kalau nak ganti dan ayam pun boleh tapi tak perlu letak petai. Sedap dimakan bersama nasi lemak, cicah lempeng, cicah ubi rebus dan sebagainya.....resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram isi kupang, dibersihkan
4 papan petai, ambik isinya
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1/2 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau sekali sekala. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tambah isi petai dan sedikit air. Masak hingga petai lembut.
  2. Masukkan kupang dan bawang besar. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (atau kalau anda suka manis, boleh tambah sedikit lagi). Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...


6 comments:

Kedai Suplemen Semulajadi Amiza said...

Sedapnya cik mat. Meh sikit. Hujan2 ni mau makan nasi bertambah

YUS said...

Aduii... sedapnyaaa... jap lagi klo asben kite tgok blog cm ni mesti dia gi cari kupang ni.. Slurppp....

*asben kite selalu masak guna resepi blog cm.. sume sedap2... kita tukang makan jer.. hehe...

Kakzakie said...

Betul sekarang musim petai. Rumah kg kakak berjuntaian petai kat kebun.

Tapi tak terbuat sambal macam CMG pulak..

hazlina azmi said...

bestnye..sy suke godek2 resipi kat sini..semuanya best2..jemputla ke blog saya yg tak seberapa..:)

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.

Wah, memang terliur tengok sambal petai ni.

huda said...

tengah cari resipi masak sambal kupang, nak tryla...even saye pernah muntah teruk makan kupang, rase serik masih kuat
tapi husband suke, kugagahkan jua masak kupang even masak saje rase seriau masih ade huhu...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.