BEN ASHAARI

Tuesday, July 16, 2013

AIR JAGUNG....GODAAN MELAMPAU!!..

rsz_air_jagung
Salam 7 Ramadan, assalammualaikum....hmmm nyamannyaa, air jagung yang lemak2 manis bersari dan rasa biji2 jagungnya sungguh mengasyikkan bila dikunyah, sedapp okehh!!....Haipp, sapa tu kata cm tak puasa...biasaa dia!..Ni cm buat semalam untuk berbuka puasa. Godaan melampau dari Kak Ita tau nama pemes beliau Azlita Masam Manis membuatkan cm teringat2...Dah lah gambar air jagung beliau cukup cantik. Cm tak ubah apa2 dalam resipi, tapi cm buat 1/2 dari resipi asal. Biasalah lat rumah cm, Bak tak minum susu dan ada yang dah minum air lain. Jadi air jagung ini sepesel untuk che mat gebu menghadap sesorang....erkkk...terus sendawa jagung aku semalam...haha. Apa2 pun ucapan terima kasih pada Kak Ita sudi berkongsi air jagung yang sedap ini...Cm share pulak resipi beliau diblog DTS....Jommm, buat petang ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Pati minuman jagung secukupnya (sebarang jenama, cm guna cap double lion)
Air secukupnya
Gula secukup rasa
1/2 tin jagung dalam tin
1 tin susu cair
2 camca besar susu pekat manis
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak air bersama gula, cm pun ikut cara Kak Ita, satu kole air dimasak dengan 6 camca besar gula, masak hingga larut. Tambah pati minuman perisa jagung secukupnya, yang ni anda agak2 lah yea, hingga anda dapat aroma dan warna yang secukupnya. Masa lagi hingga mendidih.
  2. Masukkan susu cair dan jagung dalam tin, kacau dan tutup api. Tambah susu pekat manis dan kacau rata. Biarkan sejuk dan hidangkan bersama ais kiub untuk berbuka puasa nanti..

12 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Cik Mat, Kak sari pun tengah berangan2 nak buat air jagung macam Kak Ita.. gara2 ada setin jagung krim tak berusik dalam almari, hihi.. tapi tulah, takde kordial jagung, perisa jagung utk kuih adalah, tak sedap kalau buat air, Kak Sari dah pnah cuba.. tapi... tak tahan tengok air CM ni, ada jugak guna jer perisa kuih tu karang, hehehe

Lydia Miza said...

Mengancamnya... Ada jagung lg dlm air tu. tq sudi share kat sini cm

Mar Mansor said...

aduyaii..dugaan di kala tengahari..uhuk..

Tautan Hati NabilaHasyim said...

Saya baru cuba buat air jagung 3hr lepas.

1st time buat juz letak gula shaja, xtau plak kena letak susu pekat, patut la jernih je n xsedap air jagung saya, xmacam kat kedai.

Baru tau kena letak susu, nanti nk wat semula, emm TQ

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mmg menggoda nak plak tengah2 hari buta ni cm oii.. hehe..

yang baik Ishak said...

senangnya... nak cuba balik petang nanti... tq

JaSSNaNi said...

assalamualaikum cik mat..
ni mmg gudaan betul lah.. senang je nak wat kan.. janji rajin je.. ;)

JaSSNaNi said...

assalamualaikum cik mat..
ni mmg gudaan betul lah.. senang je nak wat kan.. janji rajin je.. ;)

fazianbatrisyia said...

air jagung mmg sedap..nanti kena ulang buat lagi ni

Maz Aziz said...

sedappnyer tgk air jagung nie, bukan bulan puasa ja.. bulan tak puasa pun saya suka minum air jagung nie.. nampak mcm ala2 ice blended tu... :)

LENNY JUBILEE said...

sedap2 sedap2

Nara Beautedana said...

harum je aroma air jagung ni..sh dh cube cume tnggl nk teguk je bbuke nti..thnks cm

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.