BEN ASHAARI

Friday, June 7, 2013

SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU...

rsz_sambal_tempoyak_daun_kayu
Assalammualaikum, salam semua. Entri hari ni cm mulakan dengan satu menu tradisi orang2 Negeri Sembilan, sambal tempoyak daun kayu. Tapi cm punya bukanlah sempurna sangat sekadar hanya untuk melepaskan keinginan. Kalau ikut cara tradisi mereka guna berbelas jenis daun2 (mungkin juga berpuluh jenis), tapi cm buat hanya syarat saja, guna pucuk ubi dan kunyit dan petai. Sebenarnya ada penderkaan permintaan. Bonda suruh rebus pucuk ubi, tapi tiba2 cm jadi rajin terlampau, maka termenjadi sambal tempoyak daun kayu macam dalam gambar. Nampak macam susah tapi sebenarnya tak susah. Yang penting daun2 tu anda hiris halus bak bunga rampai, baru nampak ke asliannya...Pstt, sebelum cm tulis resipi, nak tau tak apa resipi femes diserata blog yang cm tak pernah bikin lagi?. Kalau nak tau, di sini ada jawapannya....Jomm kita semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, cuci dan toskan
5 helai daun kunyit muda
1/3 cawan isi petai
1 liter santan
1 keping asam gelugor
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 camca besar penuh tempoyak
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cawan cili padi kampung (cm campur hijau dan merah)
3/4 inci kunyit hidup
4 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi dan daun kunyit, dimayang halus seperti bunga rampai, petai dipotong dua setiap satu dan ikan bilis ditos, perah dan tumbuk kasar. Ketepikan
  2. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar halus, tempoyak, ikan bilis dan santan, kacau rata dan biar mendidih dengan api sederhana. Kacau hingga kelihatan pekar sedikit. Masukkan petai dan masak sekejap. Tambah daun pucuk ubi dan daun kunyit. Gaul rata.
  3. Masukkan asam gelugor, perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga pekat (seperti dalam gambar). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng......sedapp okehh!..

8 comments:

roza said...

ooppsss...terlior...

nea lopah said...

terliur..

Kakzakie said...

Kalau sampai berbelas jenis daun agaknya macam manalah rasa dia ye... tak dapat kakak bayangkan..

Lydia Miza said...

Sedap! Lg dipanas esoknya lg bertambah sedap

Masz Health Boutique said...

hmm...ni femes kalau di bulan puasa. buat hidangan berbuka..

sedap!

~silakan berkunjung ke blog saya untuk tips kesihatan dan kecantikan wanita, terima kasih~

HaniShaklee said...

saya suka lauk ni..the only tempoyak yang saya boleh makan..boleh cube ni..


http://akutaksunyi.blogspot.com/2013/06/vivix-shaklee-rahsia-anggun-menawan-dan.html

adzairdawati makdara said...

perghhh makanan peberet somi saya ni hehe:)

Kem Mirza said...

che mat,
kecur lior saya, memang pantang ada sambal tempoyak, dari niat tak mahu makan nasi, dua pinggan juga habis