AYAM BUAH KELUAK...WARISAN ORANG PERANAKAN..

rsz_ayam_buah_keluak
Assalammualaikum, salam Khamis. Ayam buah keluak hidangan cm hari ini, satu masakan yang begitu authentic dan menggambarkan warisan orang peranakan baba nyonya tak kira di mana mereka berada. Pada cm a true peranakan mestilah dari Melaka, kalau ikut sejarah perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Li Po, itu titik permulaan kawin campur. Apa2 pun orang peranakan kaum yang unik dan hanya ada di Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Singapore dan Selatan Thai ). Warisan mereka penuh bewarna warni, masakan mereka pelbagai gaya hasil gabungan budaya beberapa etinik. Macam ayam buah keluak ini rasa cm ada pengaruh dari Indonesia. 
rsz_buah_keluak
Buah keluak berasal dari pokok kepayang yang banyak tumbuh di kawasan berpaya di kawasan Asia Tenggara...Anda boleh baca di sini. Mesti ada yang tanya, rasa dia macam mana?.Kalau yang tak biasa, pasti akan rasa pelik, tapi bagi cm rasa dia unik, ia seakan2 rasa tempe, tapi lemak, cuma kaler dia jelah seakan2 asam jawa. Selain masak ayam buah keluak, isi buah keluak juga boleh di masak 'rawon' yang terkenal di Singapura dan Indonesia, nanti kita test masak rawon pulak ok... Bagi yang nak mencuba resipi seperti di bawah.

PAKAI KROSANG DI BAJU KEBAYA,
NAMPAK KEMAS CANTIK BERGAYA,
AYAM BUAH KELUAK UNIK RASANYA,
MENJADI KEBANGGAN BABA DAN NYONYA

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam saiz sederhana, kerat 10 bahagian, cuci dan toskan
12 biji buah keluak
1 liter air asam jawa (1 liter air + sekepal asam jawa, kacau sebati dan tapis)
Air jika perlu
1 kiub ayam (optional)
80 gram isi ayam yang dicincang halus*
1/2 camca teh garam*
1 camca teh gula*
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
20 tangkai cili kering, potong buang biji dan rendam dalam air panas
12 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
4 biji buah keras, hiris
3/4 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus
1/2 inci lengkuas

rsz_buah_keluakrsz_buah_keluak1rsz_buah_keluak2
rsz_buah_keluak3rsz_buah_keluak4
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Basuh buah keluak, berus kulitnya. Kemudian rendam 3 - 4 hari (cm rendam 4 hari) tukar air rendaman setiap hari. Kemudian toskan. Ketuk perlahan bahagian 'licin' pada buah keluak tadi, kopek dan korek keluar isinya dengan sudu kecil (atau pisau kecil), buat hingga siap. Ketepikan kelongsongnya.
  2. Tumbuk isi buah keluak hingga halus. Masukkan daging ayam cincang dan bahan bertanda (*), gaul rata2 hingga semua sebati. Kemudian sumbat ke dalam kelongsong buah keluak tadi hingga penuh (seperti dalam gambar). Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut. Tambah air asam jawa (jangan masukkan habis, tuang 3/4 sahaja). Kacau rata dan biar mendidih.
  4. Masukkan buah keluak, kiub ayam (jika guna) dan sedikit air. Kacau rata dan masak dengan api sederhana selama 15 minit. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau perlahan. Masak sekejap dan rasa (kalau kurang masam boleh tambah baki air asam jawa tadi), jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

Post a Comment

9 Comments

  1. first time tengok buah keluak

    ReplyDelete
  2. Entahlah... saya saya tak biasa tengok buat nie :) Jom Singgah, "Citra Nukilan Sekadar Perkongsian">> " AKU ANAK PAHANG "

    ReplyDelete
  3. maksudnya kita makan sekali dengan kelongsong tula ye? hmm..unik...

    ReplyDelete
  4. selalu tgk kt tv jelah, tp lum penah mkn...

    ReplyDelete
  5. @ Anna Da Lady - masa nak makan, korek isi dia keluar dari kelongsong guna sudu kecil...

    ReplyDelete
  6. Pertama kali mkn kwn indonesia bg sup letak buah ni. Rawon ke apa nama dia saya lupa. Yg ada taugeh cm pernah masak tu.

    ReplyDelete
  7. Jangan like sini https://www.facebook.com/YayaBoutiquesCollection

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.