LONTONG JOHOR UNTUK HUJUNG MINGGU...

rsz_lontong_johor (1)
Assalammualaikum, salam Ahad. Cm cuti masak hari ni..TAPI cm masak lontong Johor...ehh tu kira masak jugak kan. Errr, bila sebut lontong Johor bukan lah cm lebih bersifat kenegerian, tapi sebab cm dok Johor panggail leer lontong Johor, kalau anda dok KL, letak je nama Lontong KL, boleh?. Sebenarnya bonda yang berhajat nak makan lontong, tapi bonda tidak lah menyuruh cuma dia ada sebut2. Apa lah sangat setakat buatkan lontong kalau nak dibandingkan jasa2 orang tua kita. Awal pagi cm masak hari ni, lepas subuh dah mula. Petama cm buat serunding dulu, sebab tak sempat nak buat semalam, maka pagi2 cm buat. Lepas tu bikin sambal tumis ikan bilis lepas tu baru masak kuah lontong atau sayur lodeh. Cm dah rebus awal2 ketupat NONA . Kalau anda nak buat nasi impit pun boleh, ikut yang mana anda suka. Di Johor selain dimakan bersama serunding, telur rebus dan sambal tumis, ada juga yang disajikan bersama sambal kacang dan cm dengar di Singapura begedil juga turut dihidangkan bersama lontong....mewahnyaa!!!

rsz_lontong_johor1

Bila cm masak lontong untuk sarapan pagi, terus dijadikan makanan untuk tengah hari, senang cerita, sekali jalan jeeerr. Anda boleh pelbagaikan jenis2 sayuran dalam kuah lontong atau lodeh. Tapi antara benda2 wajib yang harus ada, tempe, tauhu, kacang panjang, fucuk, sengkuang, kobis dan lobak merah. Boleh juga kalau nak tambah terung, kentang, bunga kobis dan putik jagung. Satu lagi ada pelbagai gaya masakan lodeh, ada yang dimasak seperti masak lemak biasa, ada yang ditumis. Untuk kali ini cm guna versi tumis pulak. Cm akan tulis tiga resipi, kuah lodeh, serunding ikan bilis dan sambal tumis ikan bilis...Dah bersedia?..Jommm.....

KUAH LODEH......

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng)
50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis
3 keping tempe, dipotong kiub
1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 cekak soo hoon, kerat pendek
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 kiub pati ikan bilis
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Nasi impit @ ketupat
Serunding
Sambal tumis @ sambal kacang
Telur rebus, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  3. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus....
CATATAN MAT GEBU :- Soo hoon tak perlu direndam, anda cuma perlu lalukan dibawah air paip sebelum anda masukkan ke dalam sayur lodeh. Masak dengan api sederhana hingga soo hoon kembang, tips ini akan membuat sayur lodeh anda lebih pekat....


SERUNDING IKAN BILIS.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
3 cawan kelapa parut (pilih kelapa yang muda sikit)*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*gaul rata)
2 camca teh jus asam jawa
3 helai daun limau purut
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
4 batang serai, hiris halus
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng tanpa minyak kelapa tadi hingga suam, angkat dan sejukkan. Ikan bilis ditoskan, perah dan tumbuk halus. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan jus asam jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa (selalunya serunding sedikit manis). Kacau rata dan bila pekat, masukkan kelapa tadi. Tambah daun limau purut, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga serunding berderai (tapi tidak terlalu kering). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sejuk sebelum disimpan..

SAMBAL IKAN BILIS.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  2. Tambah gula dan garam secukup rasa, masukkan hirisan bawang besar. Toskan ikan bilis, perah dan masukkan ke dalam sambal, tambah sedikit air. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api..

Post a Comment

17 Comments

  1. salam blogger,blog yg cantik.,goodjob..brminat nk link kn blog dan senaraikan blog di mmber list homepage blog sy dan terbuka kepada semua blogger...sama2 dpt backlink... http://searchsecure.blogspot.com/2013/03/dapatkan-backlink-cara-mudah-rahsia-seo.html..klau brminat..text sy di entry di ats,bersama2 link blog anda..lpas da psang bnner.. happy blogging..

    ReplyDelete
  2. bahagianya kalau Kak Sari jadi bonda Cik Mat, nak jadik anak angkat Kak Sari tak???

    ReplyDelete
  3. dulu sebelah rumah kakisembang ada org johor..kalau raya je mesti bagi lontong ,sekarang nie depa semua dah pindah..kenangan ku dan lontong..jawa n lontong x dpt dipisahkan..

    ReplyDelete
  4. che mat ni..nasib zila dah p makan lontong kt kg baru last week...kalau tak mau menitik air liur zila che mat..ada serunding dgn sambal takyah ckp apa dah..

    ReplyDelete
  5. set pinggan tu cantek....tambah sedap makan.

    ReplyDelete
  6. ya ampunnnn cb sedapp nye...sng2 nak try resepi nie

    ReplyDelete
  7. che mat ... rasanya boleh tukar water mark yang kat gambar tu ke link tiffinbiru.com :)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Che Mat. .saya ikut resipi lontong dan serunding bilis menjadi dan sedap...

    ReplyDelete
  9. Salam cm.. mintak izin guna resepi ye...

    ReplyDelete
  10. Cm jintan tu jintan manis ke jintan putih ye? Yg resepi bt serunding bilis tu..

    ReplyDelete
  11. x paham sikit, cara masak kuah lodeh, yg bahagian bahan-bahan kisar halus, ape beza 4 biji bawang putih dgn 3 ulas bawang putih, byknye bawang putih, sile beri pencerahan..

    ReplyDelete
  12. salam..nk tnya..bahan bawang tu..bawang besar 1 biji...bawang putih 4 biji...3ulas bawang putih..bawang besar tu bawang merah india ker..??? bawang besar putih tu bawang yg kulit dye warna oren2 kuning tu ker????sy lupa nama bawang tu...hihi
    maaf cuma thu...pasal bawang tu...

    ReplyDelete
  13. nak masak untuk open house minggu ni

    ReplyDelete
  14. Pinggan mangkuk yg memang legend! Teringat kat wan di kg...

    ReplyDelete
  15. memang best sangat.tq che mat gebu...
    nak upload pic tapi tak tahu macam mana nak buat...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.