BEN ASHAARI

Thursday, June 13, 2013

FRESH FRUIT TART, ADY BUDIKA DAN RYO AZHAR....

rsz_fresh_fruit_tart
Assalammualaikum, bertemu kembali. Anda sehat?.. Che mat alhamdulillah, baik2 saja. Hampir tiga hari takde entri baru diblog DTS, hmmm, ntah, rasa macam penat pulak nak berblog, tapi masih sayang. Bukan cm tak masak, cuma masakan biasa dan ulang tayang. Takut pulak menjemukan anda. Dan sejak2 ni cm pun rasa macam kurang rajin masak2. Takpelah kita mulakan dengan entri baru malam ini. Siang tadi cm menerima kunjungan dari dua teman blogger. Ady Budika dan Ryo Azhar dari Sarawak. Ryo yang cm kerap bertegur sapa di FB dan kadang kala di blog beliau. Sebenarnya cm lebih mengenali kakak pada Ryo, Hasue yang pandai memasak ituu..Tapi adik dia pun tidak kurang hebat, cekap didapur  dan boleh dikategorikan sebagai 'menantu' pilihan...Ady Budika tak payah nak kenalkan lagi, dah biasa sangat dengan cm, tapi adat manusia, sebiasa mana kita sekali pun, perlu ada sikap hormat antara satu sama lain.....

rsz_ryo_n_ady

Selain fruit tart, cm ada juga masak yang lain2, yang tu dalam entri lain lah yea (termsuk ayam masak lemak cili padi, kegemaran Ady dan Ryo - berbaju biru dalam gamba di atas). Takde lah apa sangat dengan fruit tart tu, resipi biasa2 saja macam cm pernah buat dulu. Bentuk acuan terpulang pada anda, standard yang biasa orang guna jenis bulat. Tapi cm nya acuan bulat entah mana ku letak. Jadi guna lah jenis bujur, kita buat dia, pandai2 lah nak menggayakannya. Tapi kan, bila cm guna acuan bujur comel ni, dapat 35 biji, kalau bulat dalam kurang sikit. Buah2an segar seperti biasa, cm guna stoberi, peach dan buah kiwi, plan asal nak tambah blueberry, tapi tak apa kena, masa nak beli kat Tesco Kulai, casher tu kata, harga tak boleh nak tag...grrr...kensel beli. Alhamdulillah, walaupun bagaimana pun fruit tart cm buat masih sedap!!... Resipi seperti berikut...

BAHAN KULIT TART :-)
150 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Buah peach dalam tin (toskan) dan hiris kecil
Sedikit coklat masakan, dicairkan
Piping jelly
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT TART :- Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
  3. UNTUK FRESH FRUIT TART :- Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart (cm potong 4), begitu juga buah kiwi dan peach. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry, peach dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.
CATATAN MAT GEBU :- Tujuan menyapu coklat cair ialah bagi mengelakkan kulit tart menjadi lemau terkena kastard dan jus dari buah2an segar tadi.

5 comments:

mekarmawarmerah said...

Nyum..nyum..nampak menarik mesti sedap...

~::Chenta::~ said...

mak ai mcm sedap
...

Qashmere said...

rajin betul cikgebu

Phat said...

tq bang kongsi resipi

phat masukan blog abg mat dlm bloglist ye

Ummi said...

Assalamualaikum Mat, alahaaii jeless tahap gaban jer dgr 3 teruna sembang, kot kot lah makcik boleh tumpang semangkuk makanan kat meja tuh..korang nak gosip sampai banjir gasaklah, ada akak kesah! Yg penting, kenyang...

*Mat, ko dah cari sireh ke, dgr dpt gambir sarawak, wakakakaa...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.