BEN ASHAARI

Friday, June 14, 2013

ASAM PEDAS IKAN SAMA NENAS...

rsz_asam_pedas_ikan_sama_nenas
Assalammualaikum, salam Jumaat...entri yang cm akan tulis bukan cm baru masak hari ini, tapi mungkin semalam atau kelmarin, ikut kesempatan cm kemaskini blog lah yea. Kalau sebut asam pedas, memang tak asing lagi bagi semua, nak2 mereka yang kerap masuk blog DTS, asyik entri asam pedas manjang. Macam entri pertama hari ni. Ini antara menu yang cm masak untuk menjamu tetamu semalam. Di Johor ada yang suka mencampurkan nenas ke dalam asam pedas, seperti anda lihat di atas tu. Cm guna ikan selar besar yang segar. Abang cm beli di Endau. Banyak beza dari segi rasa dan rupa bila kita gunakan ikan segar. Kuah lebih sedap, ikan juga punya teksture isi yang lebih kenyal dan tidak mudah hancur bersepai. Resipi tak banyak berubah dari yang dulu...masih sama....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3-4 ekor ikan selar (jenis besar), siang cuci bersih dan kerat 2 setiap 1
1 biji nenas madu saiz kecil, kupas dan hiris kasar
1 genggam daun kesom
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1 camca besar pes asam jawa
1 kiub ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
Secubit belacan
3 biji buah keras, hiris
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hinga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata.
  2. Masukkan nenas, gaul dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 5 cawan). Tambah kiub ikan bilis, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan dan daun kesom. Masak sekejap.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..


5 comments:

Kakzakie said...

Sedap!! kakak yakin. Tengok warna dia pun dah menggoda.

Umie Jazz said...

Assalamualikum...alahai lapar lah CM..

||aLeaSaRa|| said...

salam CMG.owh fav ni maklumlah orang muo...wah nak masak nilah nanti..tqvm ^^

roza said...

sye nak cubelah..nampak sedap...

justshopping said...

Salam CM,

nak tumpang tanya pd yang pakar CM, knp ye klu every time sy menumis lada kering akan ade rasa pahit? selalu tak menjadi :(

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.