BEN ASHAARI

Wednesday, May 15, 2013

MAKARONI BAKAR TERMUDAH...SEMUA MAIN LAMBAK...

rsz_bake_macaroni
Ada masa malas kan nak masak, kalau dapat nak buat benda makan yang dalam kategori sedap, tapi cepat. Beli?...memang boleh, tapi bukan semua orang suka beli, ada tu nak juga buat sendiri. Macam tu lah yang jadi pada cm semalam...errrr ini semalam punya, tapi sengaja cm letak malam ni. Nak buat satu benda yang cepat, tak payah kena fikir banyak dan paling utama, main lambak sekalu harung lepas tu bakar dan boleh santap. Kenapa cm kata macam tu, sebab cm guna semua benda2 yang sedia ada, makaroni tu je lah anda kena rebus, lepas tu sos guna sos 'prego', cm tambah 1 tin ikan tuna, tabur herba basil kering dan akhir sekali parutan keju mozarella. Lepas tu bakar....dahh siap...

rsz_bake_macaroni1

Sebab cm hanya guna 100 gram makaroni yang saiz kecil2, maka cm bakar dalam bekas kaca tahan panas yang tak berapa besar saiznya. Mula2 ingat nak buat dalam ramekin, tapi tak berapa nak rajin, leceh nak sukat satu2. Guna bekas besar senang, semua main curah. Bakar dalam oven sampai keju mencair dan perang sikit. Kan cm guna ikan tuna, kalau anda nak ganti dengan hirisan sosej pun boleh. Rasa2 boleh buat tak?...mesti boleh punya lahh, resipi pun cincai2 takde ikut law sangat...

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram makaroni (cm guna yang saiz kecil)
1 camca besar mentega
Lada hitam kisar secukupnya
1 tin ikan tuna (ayam brand), tos dan hancurkan
1 tin sos spaghetti "PREGO", seperti gambar dibawah
Sedikit herba basil (jenis kering, dalam botol)
Parutan keju mozarella secukupnya

rsz_prego
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus makaroni hingga lembut dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam (jangan sampai terlalu lembut). Toskan dan gaul dengan mentega. Masukkan makaroni tadi ke dalam bekas kaca tahan panas yang juga telah dilenser dengan sedikit mentega.
  2. Tabur ikan tuna rata, kemudian lada hitam kisar, sos PERGO dan herba basil, rata2. Akhir sekali tabur parutan keju mozarella hingga menutupi permukaan sos tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit atau hingga permukaan keju kelihatan perang. Hidangkan, sedap dimakan panas......Alhamdulillah....


11 comments:

gadisBunga™ said...

nyumsss.. dah macam lasagna la rupa dia che mat!

Sury Abil said...

Sedap...mudah...boleh buat ni...cincai2 janji sedap pada tekak sendiri dan seisi keluarga..kan..:-)

Lada Benar said...

sedap... macam berjanji, tgh tadi saya pun masak makaroni but offcourse yang che mat lagi nampak menyelerakan

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

yang main lambak tu pasti sedap menyengat!!

p/s Kak Sari pun suka guna prego

Maszie Fatah said...

main lambak2 nie i like....

Ms Lia said...

As-Salam Cik Mat! Ni antara resepi yg paling saya suka buat time malas masak. Semua saya humban, dan saya bakar. Laju pulak budak-budak makan. Tapi saya gunakan yg sos cream putih. Budak-budak kat rumah ni kalau warna merah aje, diorang ckp "pedas!" Hehe.

Tapi saya nak try kroket cik mat. Sungguh sedap nampaknya!Terimakasih atas kongsi resepinya!

Salam dari Singapura!

Anil Wanina said...

mmm..dapnye... nak cubalah... :D

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

rinduan citarasa said...

peehhhh. tangkap leleh daku

Mazatul Azura Muhamad said...

Marbelles... :)

eray said...

lambak pun lambak lah
janji sedap...

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/05/ubat-sakit-sendi-10-kebaikan-ajht.html

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.