BEN ASHAARI

Sunday, May 5, 2013

LEMPENG PEKAK BAWANG TABUR..

rsz_lempeng_pekak_berbawang
Salam, petang tadi masa tengah bermalas2, tetiba Bak tanya, ada buat apa2, lempeng ke...erkk, satu pantang cm kan, bila orang sebut nak makan apa, tapi hagak2 lah, jangn pulak sebut nak makan rendang rimau atau ikan paus masak gulai. Buat lempeng bukan susah sangat, tak sampai pun 1/2 jam, yang penting bahan2 semua ada. Selalunya cm takdelah resipi yang betul2, ku main cempak2 jee, ikut kesesuaian. Kalau nak lempeng lembut, cairkan sikit adunan tu, kalau nak keras sikit, biar pekat. Guna non-stick pan saiz 10 inci, untuk memudahkan anda bergelek, bagi ratakan adunan lempeng. Kalau guna pan kecil pun boleh cuma lambat lah nak siap. Bergantung juga pada banyak mana kuantiti tepung yang anda guna. Kebiasaannya cm kalau buat, dalam 1 - 2 cawan tepung gandum macam tu. Untuk kali ni cm taburkan hirisan bawang besar atas lempeng tadi. Nak kasi wangi dan lebih sedap. Boleh cicah sama kuah kari, sambal tumis atau sos cili, ikut selera anda...Jomm resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan air (kurang lebih)
3/4 camca teh baking powder
1 biji telur, dipukul sedikit
4 biji bawang merah, hiris halus
Garam secukup rasa
Sos pilihan anda sebagai pencicah (atau kuah kari, kuah asam pedas dan sebagainya)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, baking powder dan telur, kacau, kemudian tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati dan tidak bergentel2. Tambah garam secukup rasa, kacau lagi, kemudian tapis. Ketepikan.
  2. Lenser sedikit minyak dalam non-stick pan. Tuang adunan lempeng (kurang lebih 1/3 cawan, bergantung pada saiz pan yang anda guna), rata dan tak tabur bawang hiris rata2 atasnya (yang ni anda agak2 lah yea) Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng pucat.
  3. Oleskan sedikit mintak pada permukaan lempeng dan terbalikkan. Masak hingga kuning kemasan dan bawang lembut. Angka dan ketepikan. Buat keadah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sos kegemaran anda atau bahan pencicah yang anda suka.


2 comments:

Adams Ayens said...

aduhhh sedapp ler...
tapi kann kite suke lempeng mamam dengan ayaq kopi..amacam cer mat gebu try...

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.