KUIH BAKAR @ BINGKA PANDAN...

rsz_kuih_bakar_pandan

Salam, lama cm tak buat kuih bakar pandan atau ada yang panggil bingka pandan. Ini betul2 bingka pandan terjun....errrr, tak berapa terjun sangat lah cuma santan tu bukan segar dari perahan kelapa parut, tapi dalam kotak mari punya. Bukan apa, last minit nya projek, cm buat semalam untuk bonda berbuka puasa. Bila siap je, photo shooting, hujan turun punya lebat, lepas tu angin bagai. Sampai ada pokok tumbang dan hempap wayar elektrik, maka terblack out lah rumah cm semalam, lama juga dari jam 6 petang sampai jam 10 +  malam. Masing2 muka pun dah tak senonoh, serabai habis. Apa2 pun syukur alhamdulillah, kuih bakar yang cm buat, jadi dengan elok, tak keras dan tak lembut, rasa dia pun just nice.

rsz_luih_bakar_pandan1
Cm bakar kuih ni dalam loyang 8 inci x 8 inci x  2 1/2 inci. Selanya kuih bakar kalau berkerak lagi sedap, cm bakar lagi sampai berkerak permukaannya. Guna fungsi grill (jika oven anda ada fungi itu) dan grill 10 minit atau hingga permukaan kuih nampak garing. Kalau orang Melaka, mereka akan tambah sedikit rempah ratus dalanya, tapi kalau cm buat, sah2 Bak tak makan. Kalau anda nak bakar guna acuan bunga pecah lapan juga boleh, mungkin dapat 3-4 keping, ikut saiz acuan. Resipi asa, dari sorang teman blogger yang lama cm kenal dulu....Terima kasih Jo...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum, diayak
1 cawan gula halus
3 biji telur gred A
600 ml santan (cm guna 200ml santan kotak + 400ml air)
250 ml jus pandan (5 helai daun pandan, potong kecil dan kisar dengan 250ml air, tapis)
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh pewarna hijau makanan
Bijan secukupnya untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sapu tin kek berukuran 8inci x 8inci x 2 1/2inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar berlebih dibahagian kanan dan kiri tin, tujuan untuk memudahkan  kueh diangkat keluar. Lenser dengan mentega. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, pukul telur dan gula dengan whisk hingga hancur, masukkan santan dan jus pandan, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga licin. Tambah garam, pewarna hijau makanan dan mentega cair. Kacau rata2 dan tapis. Ketepikan
  3. Panas kan acuan dalam oven selama 10 minit, kemudian keluarkan dan tuang bancuhan kuih bakar (kacau dulu sebelum dituang). Bakar 10 minit, keluarkan dan tabur bijan rata2. Sambung bakar lagi 40 - 50 minit atau hingga masak (bila cucuk dengan lidi sate, keluar bersih) dan permukaannya perang (cm tukar oven pada fungsi grill dan bakar 5-6 minit lagi hingga permukaan kuih sedikit berkerak)..
  4. Sejukkan kueh sekejap longgar2kan dari tin, gunakan spatula dan keluarkan, biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong..

Post a Comment

17 Comments

  1. Sedapnya nampak, elok je kejadiannya..

    ReplyDelete
  2. Alahaiiiii..kemasnya potongan kuih sentuhan pemuda Sedenak ni...cayalah....kuih kegemaran akak ni..sedap...

    ReplyDelete
  3. sedapnya kuih, nak free gift carven ong collection sempena raya..boleh visit my blog www.seankamal.com

    ReplyDelete
  4. salah satu kuih traditional favorite ni...yummy sangat..

    ReplyDelete
  5. Dah dekat 5 tahun tak merasa bingka Pandan ni. Look so delish CM....Good Job..

    ReplyDelete
  6. cmg...bila nak publish buku resepi?

    ReplyDelete
  7. All time favourite.. Tak rugi mencuba..tq for sharing.

    ReplyDelete
  8. pakmat, smalam ainnLee buat kuih bakar resepi pakmat ni. Menjadi ...bakat dalam acuan baulu kemboja. hee...hee..

    Sedap..tekstur padat dan cantek. Tak terlalu lembek. Tq pakmat !!

    ReplyDelete
  9. Salam ,
    Sy nak buat kuih ni , tapi kat rumah TAKDE OVEN ! Pengukus ada lah kat dapur tu . Somebody help ? Please :'(

    ReplyDelete
  10. Alhmdlh ..... pertama kali cuba .... amat memuaskan. Trimakasih ;))

    ReplyDelete
  11. Alhmdlh ..... pertama kali cuba .... amat memuaskan. Trimakasih ;))

    ReplyDelete
  12. Ngintai lagi.. Hihhi... Mntk resepi yer, dh byk kali sy ngintai nih, mntk halalkan yer... :-)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..
    Sedapnyer bingka..

    http://mummyumardian.blogspot.my/

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.