BEN ASHAARI

Monday, April 29, 2013

SPAGHETTI BEBOLA AYAM...

rsz_spaghetti_bebola_ayam
Assalammualaikum. Spaghetti pulak, aik memalam hadap spaghetti ke cm?..Idok leer, ni sebenonya pagi tadi, cm buat untuk sarapan. Letak bebola daging lagi, tapi ini bukan bebola dari daging ayam yang dikisar, tapi cm oter dari daging burger ayam Ramly, hmm, dah itu saja yang ada. Cm tambahlah bahan2 lain sikit dalam daging burger tu kasi lagi sedap, konon2nya lah. Lepas tu campur dengan buah zaitun hitam dalam 10 biji. Hidangan yang ini kurang lebih untuk 2-3 orang. Untuk sos tu cm guna tomato dalam tin, tapi pilih yang jenis 'plum tomato' sebab tomato jenis ini kurang masam dan lebih manis rasanya, tak kesah lah apa jenama sekali pun. Cara nak buat dia amat2 mudah, dan bahan2 pun rasanya tidak lah banyak sangat..ehhh banyak sikit..apa2 pun kita lihat dulu yea....

BAHAN-BAHAN UNTUK BEBOLA DAGING AYAM :-)
2 keping daging burger Ramly, biarkan lembut
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
Sedikit cincangan parsley

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS :-)
1 tin tomato plum (jenis dalam tin, sebarang jenama), diramas hancur
2 camca besar sos tomato
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang halus
10 biji buah zaitun hitam
2 helai bay leaf
3/4 camca besar herba oregano kering (dalam botol)
Lada hitam yang baru dikisar secukup rasa (cm guna dalam 1 camca teh)
1 kiub ayam (maggi)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
250 gram spaghetti yang belum direbus
Sedikit cincangan daun parsley (cm guna daun kucai)
Lada hitam yang baru dikisar (extra)
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BEBOLA DAGING AYAM :- Masukkan daging burger ayam ke dalam mangkuk, tambah semua bahan2 lain untuk bebola ayam dan gaul hingga rata. Kemudian bentukkan menjadi bebola, buat 12 biji bebola yang sama saiz. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan, goreng  bebola tadi sambil dibalik2kan hingga perang, guna api sederhana. Angkat dan ketepikan.
  2. UNTUK SOS SPAGHETTI :- Panaskan minyak zaitun dalam non-stik pan (guna pan yang mungkum), tumis bawang holland, bay leaf dan bawang putih hingga harum dan layu. Masukkan tomato plum yang diramas tadi. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan buah zaitun, bebola ayam dan kiub ayam (hancurkan). Tambah sos tomato. Kacau rata dan masak sekejap.
  3. Tambah lada hitam dan herba oregano. Kacau rata dan biar pekat sedikit. Perasakan dengan garam (rasa dulu sebelum anda letak garam) dan sedikit gula. Masak sekejap hingga pekat sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK SPAGHETTI BEBOLA AYAM :- Rebus spaghetti dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam hingga lembut atau ikut arahan pada paket spaghetti. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ambil secukupnya spaghetti dan letak ke dalam pinggan sesuai. Tuang sos bersama bebola ayam dan buah zaitun. Tabur hirisan parsley (atau kucai) dan sedikit lada hitam jika suka. Hidangkan segera...

14 comments:

Rozuan Ismail said...

teringat spaghetti bebola ayam pizza hut.tapi yang PCM punya lagi sedap

Mat Gebu said...

@rozuan ismail - alaaaa, malu lah pcm...terus merah pipi, teliga, idung semua...boleh?..haha

aDisH.sHidA said...

erm....sedap nya...spghti mcm nie cheq makan...nak sepinggan

||aLeaSaRa|| said...

wahhhh fav ni,tq beri kami idea nk buat meatball guna dgg burger je ^^

Hafizah Mohamad said...

sedapnya...=)

MamaFaMi said...

Bak meh sini semangkuk!

**MAG** said...

Nice pic...... yum..my..li..cious**

**MAG** said...
This comment has been removed by the author.
meera said...

Sdapnyer... Snang plk tu. Tq cikmat nak cubalaa esok.

husna zahidi said...

bukak blog msakan di tgh mlm..mmg terbaiklah..haha..

Lydia Miza said...

Mesti rasanya lebih sedap.. Boasa saya guna yg dalam botol tu je.rupanya boleh buat sos sendiri ye. Tq cm

fizafantagirO said...

Sedenakkkk..im cominggg.. Jeeb nak Tiramisu, fiza nak yang ni PCM :p ..sedapnyaa

Masya said...

LAMA TAK BUAT SPAGETTI ESOK CUTI NAK MASAKLAH... SUKA MAKAN.. DAN SENANG DIMASAK..

fazianbatrisyia said...

sedapnya...anak sy dah request dah ni...mesti dia suka.