BEN ASHAARI

Saturday, April 6, 2013

PUFF PASTRY APPLE PIE..

rsz_apple_pie_puff
Assalammualaikum, salam semua. Entri kali ni cm letak pai epal senang buat, kira pai epal orang malas. Dah beberapa hari teringin nak makan pai epal, asyik tertangguh je, tapi tertangguh tu bukan apa, sebab angin rajin belum mari...kan cuaca panas sekarang ni, jadi tu yang angin rajin takde. Kalau cm nak buat pai epal dan masa tu cm malas nak adun doh pai, cm guna saja puff pastry sebagai ganti. Senang dan mudah. Banyak kali juga cm dah buat resipi macam ni, dan tak pernah jemu. Puff pastry yang cm guna jenama KAWAN berukuran 4 inci x 4 inci, 1 paket ada 10 keping. Anda boleh beli di pasaraya2 berdekatan (Tesco, Giant, Mydin dan sebagainya ) harga mungkin berbeza ikut tempat tapi rasanya tak lebih dari RM 5 setiap satu paket...

rsz_apple_pie_puff2
Untuk resipi ini cm guna 2 biji epal hijau dan cm campur dengan 1 genggam cranberry kering. Yang ni optional anda boleh ganti dengan kismis. Sedikit serbuk kulit kayu manis sebagai penambah aroma dan rasa. Kalau takde serbuk kayu manis, anda boleh guna kayu manis, tapi lepas tu kasi angkat keluarlah. Kalau tak suka, tak perlu letak, cuma kurang kick sikit lah. Inti pai epal selalunya lembap2 dan tidak kering seperti jem. Ada juga yang tanya cm, macam mana nak buat pai epal ala2 McD tu, cm rasa pai epal macam tu anda boleh guna doh macam karipap dan isikan dengan inti epal. Goreng seperti biasa. Insha Allah kalau ada masa, nanti cm cuba buat....Resipi mudah, senang dan tak banyak karenah, seperti berikut..

BAHAN-BAHAN INTI EPAL :-)
2 biji epal hijau
1 genggam cranberry kering (atau kismis)
1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar penuh gula perang
1/2 camca teh tepung jagung*
2 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)
2 camca besar penuh mentega
1/2 camca teh jus lemon (optional)
Secubit garam

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 - 10 keping puff pastry jenama KAWAN (saiz 4inci x 4inci)
1 kuning telur, untuk menglis


puff pastry2puff pastry
puff pastry1puff pastry3
puff pastry4puff pastry5
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI EPAL :- Kupas kulit epal, belah enam setiap satu, kemudian didadu, rendam dalam air. Panaskan mentega dalam periuk, toskan epal, dan masukkan ke dalam periuk. Goreng epal tadi dengan mentega hingga layu. Masukkan cranberry kering, gula perang, secubit garam dan serbuk kayu manis. Gaul rata dan masak hingga epal lembut, tambah jus lemon dan gaul rata, jika guna.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan biar pekat. Matikan api dan sejukkan inti tadi untuk kegunaan kemudian...
  3. UNTUK PUFF PASTRY APPLE PIE :- Ambil sekeping puff pastry, gunakan plastik lapisannya sebagai pelapik. Kerat dua pastry tadi seperti gambar diatas, pastikan satu bahagian besar sedikit. Kelar2 bahagian yang besar tadi atau buat corak ikut kreativiti anda. Bahagian satu lagi sudukan 2 camca teh inti epal, kemaskan dan tutup dengan bahagian berkelar. Kemaskan tepi2nya dan tekan dengan garfu, pastikan anda tekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar, buat kaedah sama dengan baki bahan2 dan pastry tadi.
  4. Sapu dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit. Jika oven anda ada kipas, hidupkan. Teknik ini akan menjadikan puff pastry lebih ringan dan cantik. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan....
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda letak intinya kurang, insha Allah akan dapat lebih dari 8 biji, tapi bergantung juga pada saiz epal hijau yang anda guna. Cm guna saiz sederhana, kalau anda guna saiz kecil, boleh tambah sebiji lagi dari resipi asal, jadikan 3 biji....Selamat mencuba....

12 comments:

LaLa mhdnor said...

kalau la saya pandai buat, dah lama saya buat. xde keyakinan nak buat sebenarnya, hehe

Rozuan Ismail said...

dah macam kat kedai roti yg mahal2 tuh.malah nampak lagi sedap

ibh_sue said...

Asslmkm Cik Mat.
Stakat ni belum pernah lg try buat version apple pie.
Puff pastry kawan ni memang memudahkan kerja kan. :-)

aima said...

sedapnya apple pie..sejak boikot mcD ni lama x mkn..rupanya camni cara, nak kena cari pastri kawan jugak...

nea lopah said...

Ok sifu...esok jugak saya pergi giant cari kulit puff ni!

Mas Michiko said...

Sedapnyer... CM saya nk tya kt mana nk beli puff pastry ni? dok intai2 jgk kt giant n tesco xde lak jumpa jenama kawan ni... :)

Mama Ayra & Rafiq said...

Best lagi buat sendiri dr yg mcd tu. Tq.

annaliazakariah said...

Mama Michiko kene tengok kat dalam tempat sejuk lat beku Yg depa letak currypuff frozen, roti canai ....saya br pi beli

Emmett Losty said...

Klu guna teknik menggoreng okay tak?

Nur Dalila Mansor said...

salam... kalau guna apple merah tu blh ke? TQ

kd-gardens said...

Best!...tq CMG ... pinjam resepi tau..

Jamilah Othman said...

Assalamualaikum..Alhamdulillah sedap...da brapa kali buat da..en hubby pn suka, hehehe..tau la bukannya reti sgt msk..ada pastry KAWAN ni sgt membantu..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.