BEN ASHAARI

Tuesday, April 16, 2013

AGAR - AGAR SANTAN PERISA MOCHA..

rsz_agar2_santan_mocha

Petang semua, cuaca panas2 macam ni makan agar2 sedap gak kan. Semalam cm buat agar2 santan tapi bukan agar2 santan biasa samada yang gula melaka atau perisa pandan. Sajalah nak kasi sedikit inovasi (sebenarya aku malas nak ngambik gula melaka kat freezer depan rumah..huhu). Dan cm pun melakukan penderhakaan untuk resipi ini. Jangan hairan, kalau sebut penderhakaan. Meh sini cm cerita, orang yang hebat memasak pun mereka akan menderhaka untuk cipta resipi baru, itu orang yang hebat2..Kalau orang macam kita yang langsung tak de apa2 ni, kira kalau menderhaka satu2 resipi dan kemudian menjadi dengan bagusnya...boleh dianggap berjaya, kejayaan peribadi. Dan kemungkinan resipi derhaka anda juga agak diciplak (jika anda letak di blog dan lain2 )oleh mereka dan melakukan sedikit adjustment bahan2..maka jadilah resipi ciptaan mereka, walhal asal2nya anda yang buat...

rsz_agar2_santan_mocha1

Bila cm tulis ni, bukan nak kata cm bagus dalam menderhaka resipi, tidak sama sekali, cuma  cm melakukan eksperimen, ada masa menjadi, ada masa tak. Agar2 santan mocha ini cm guna beberapa bahan dan antaranya golden syrup, yang anda boleh beli dikedai2 menjual bahan2 kek. Cm letak juga sedikit pewarna coklat. Cm lebih selesa menggunakan agar2 serbuk (cap burung layang2 @ swallow). Dan untuk mendapat agar2 yang lembut, anda perlu tambah 200 ml lagi cecair, kalau ikut peraturan pada paket 10 gram agar2 ( 1 paket) guna 1 liter air, tapi cm guna 1200 ml air. Ok kita lihar resipi pulak...jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 (10gram) paket agar2 serbuk cap burung layang (swallow)
200 ml golden syrup
1/4 cawan gula pasir
800 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
1/4 camca teh pewarna makanan coklat
1/4 camca teh perisa mocha
180 ml pati santan*
1 putih telur*
Beberapa titik esen vanilla*
Secubit garam*

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam periuk, masukkan serbuk agar2 dan gula pasir, kacau rata dan tuang air. Kacau dan masak atas api sederhana. Masukkan golden syrup, daun pandan, pewarna makanan coklat dan perisa mocha. Kacau rata dan masak hingga mendidih dan gula larut. Keluarkan daun pandan.
  2. Sementara itu satukan semua bahan2 bertanda (*), kacau rata dengan garfu. Perlahan2 tuang ke dalam periuk berisi agar2. Kacau sekejap dan bila nampak hampir mendidih, matikan api. Tuang dalam bekas pilihan anda (cm guna loyang 8 inci x 8 inci x 1 inci)...
  3. Biar hingga hilang wap panas, kemudian simpan dalam peti sejuk hingga agar2 mengeras sepenuhnya. Boleh potong dan hidangkan sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk.....

6 comments:

Ummi said...

Waaaaaaaaaahhh, baru nak komen tang pari berlado, kuar lak agar2 santan mocha....amboiiihh...panas2 ni, habis sume tu kat akak...

Rozita said...

tak pernah guna agar2 serbuk..mungkin boleh cuba lain kali.. sedapnya agar2 time panas camni.. tapi comel..syg nak makan...

luqman zakaria said...

sedapnya nampak...drooling dah nih!

Chah said...

Cm..sayapun suka agar2 cap swallow tu....dan sayapun tambah air gak sbb kalau ikut sukatan kt paket mmg jd keras cam agar2 kenduri....kuat derhaka gak ni...ikut sapeeee....heeeeeee.....makcik ni dah la baru blk tgh panas lit lit....ada plak agar2 ni....adussss!!!!!

MamaFaMi said...

Mat, dah potong agar-agar tu sedemikian rupa, reja reja dia bagi mama pun tak apalah, mama sudi terima. Yang cantik cantik tu, Mat makanlah ye...

*eh paham tak apa makna REJA tu?

Ct NoArizah Aris said...

Terbekenan lak dengan garfu cik mat tu.....:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.