BEN ASHAARI

Wednesday, March 13, 2013

KARI IKAN SALMON....TANPA SANTAN.

rsz_kari_ikan_salmon
Assalammualaikum, salam Rabu. Hari ni cm mulakan entri dengan satu resipi 'fusion', iaitu kari ikan salmon. Ikan salmon sejenis ikan yang begitu kaya dengan Omega 3, sejenis lemak tak tepu yang begitu baik untuk tubuh terutama jantung. Selain itu ikan salmon juga baik untuk kulit. Cuma bukan semua yang reti makan ikan salmon, cm sendiri agak tak berapa suka, tapi lama2 jadi ok dah. Tu hari cm beli seketul kepala ikan salmon kurang lebih dalam 450 gram beratnya, masih ada banyak isi. Perasan tak ada sekeping isi ikan dalam gambar tu, yang tu cm potong dari bahagian kepala ikan. Harga pun boleh dikatakan berpatutan. Mula2 nak masak asam pedas tapi macam dah selalu sangat. Tu pasal cm masak kari tanpa santan, ala2 kari india. Rasa isi ikan salmon agak kaya dan kalau tak iyea, cepat muak kalau makan. Tu pasal kalau masak kari, buat yang tak perlu letak santan....Kalau anda ingin mencuba, jomm lihat resipi di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kepala ikan salmon (kurang lebih 450 gm berat)
10 batang bendi kontot
1 biji tomato, belah 6
1 camca teh pes asam jawa
1 1/2 camca besar rempah hari ikan
1 inci lengkuas, diketuk
1 kiub ikan bilis (optional)
1 camca besar cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1/2 camca teh biji sawi
1/2 camca teh jintan manis
25 biji halba

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bersihkan ikan salmon, perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Sementara itu satukan rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan lengkuas titik, masak hingga cili garing dan masukkan pes rempah, masak hingga pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air (anggaran 3 cawan, atau secukupnya). Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis dan ikan salmon tadi. Kacau perlahan. Masukkan bendi. Masak hingga bendi lembut.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau boleh dicicah dengan roti atau prata/roti canai...


8 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun baru mkn kari tanpa santan ni... dah jd feberet lak skrg msk kari tanpa santan pastu buat masam2 sket.. hehe.. tp akak guna ikan kembong jer...

Emma Marinie said...

Mmg sedap ikan ni.....saya selalu buat sup ikan ala ala stim tu...bebudak suka sgt mkn....

Irfa said...

bagi saya salmon adalah ikan mahal ;)

Delima Zamrud said...

Sedap kan CMG ikan salmon masak kari nie.. Yg bahagian kepala paling sedap kan ngan tulang dia yg lembut cam jeli tu adehhhhh teringat2 kari kepala ikan salmon aritu hehehheh :D...

Don't Afraid to Try said...

salam cik mat..

sy nk tumpang tanye..cik mat tau x nape hasue kakak rio tu dh lame xupdate blog? rasenye 3 bulan dh kot..kot2lah cik mat tau kemana hilangnya kakak kite tu..

Azie said...

Saya suker sgt salmon masak kari

Kak Rose said...

nnti nak try jugak la... ada 2 keping dok betapa dalam fridge tu. tp entah bila la nak rajinnya!

Karbon Kopie said...

MG, saya mintak izin share resepi ni kat blog ye. tenkiu.. :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.