BEN ASHAARI

Wednesday, March 13, 2013

APAM KARAMEL @ APAM GULA HANGUS..

rsz_apam_karamel

Salam semua, ini patutnya entri untuk petang tadi, tapi masa tak mengizinkan, jadi kena tunda ke entri malam. Sekarang ni dah macam musim buat apam pulak. Kuih apam antara hidangan tradisi orang melayu kita. Masuk ni dah 3 jenis apam cm buat. Semuanya yang mudah2 dan tak susah. Apam karamel atau apam gula hangus boleh juga diibaratkan seperti kek, kerana kegebuan apam tu. Apam jenis ini senang, tak guna yeast dan satu lagi tak perlu nak perap2 bagai, semua kasi kacau, sampai sebati, lepas tu kasi taruk dalam acuan dan kukus sampai masak, masa kukus pun tak ambik masa lama, 15 - 20 minit saja, bergantung pada acuan yang anda guna lah, kalau acuan besar, kena ambik masa lama sikit, kalau kecik2, 15 minit sudah cukup. Kalau nak lagi muai, kasi guna acuan kuih lompang, tu jam satu kampung anda boleh kasi rasa kuih apam...

rsz_apam_karamel1

Nampak gebu tak?..Serius memang gebu, tapi jangan kukus lama sangat, nanti rasa macam kering pulak. Kalau guna acuan kuih puteri ayu, 15 minit sudah memadai. Macam cm guna acuan yang agak besar, jadi masa kukus kurang lebih 18 minit. Kukus guna api kuat dan bungkus tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Cm guna kukus eletrik TRIO, jadi tak payah nak bungkus tutup dia. Senang pun yea juga. Kalau anda nak beli boleh singgah ke blog Chef Asma di sini, beliau ada menjual. Ok masa kita lihat resipi pulak, serius senanggg..eh terlupa pulak nak ucap terima kasih pada Kak Rose, sebab pestime cm buat dulu ambik resipi dari blog beliau di sini....Tapi yang ni cm ada tambah sedikit bahan lain...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan gula pasir (cm kurangkan 2 camca besar)
3/4 cawan air
2 camca besar golden syrup
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak (cm guna minyak jagung)
2 camca besar marjerin (planta, boleh juga guna mentega)
2 camca besar susu pekat manis
1 camca teh soda bicarbonate*
1 1/2 cawan tepung gandum (cm tambah lagi 1/2 camca besar)*(*gaul rata dan ayak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula pasir hingga menjadir karamel, kacau sentiasa dan guna api kecil. Bila gula bertukar perang, berhati2 tuang air, masukkan golden syrup dan kacau rata. Biar mendidih dan matikan api. Sejukkan.
  2. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Kacau telur, minyak, marjerin dan susu pekat manis hingga sebati dan berkrim. Masukkan no. 1, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga habis, kacau hingga sebati dan licin.
  3. Lenser acuan apam dengan sedikit minyak. Tuang bancuhan apam 3/4 penuh, buah hingga habis dan kukus 15 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap dan boleh keluarkan dari acuan. Biar sejuk sepenuhnya dan boleh hidangkan..

5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Cik Mat makan tepi sinki ke tadi?? hehehe.. Kak Sari nampak dari tingkap dapur, huhu

Yatie said...

wow apam lagi...ni akak pun dah jangkit mengapam gak..ni tngh wat apam nasi gara2 tngk apam che mat...terliur sngt..mlm ni kenyang makan apam jek..he3..

Mat Gebu said...

@ SKTJ - kak, kali ni kat tepi tingkap ruang tamu, sebab petang kat situ baru ada cahaya masuk..kat tepi sinki dah mula malap... (^___^)

@ Kak Yatie - sedapppnyaa apam nasi.... <3

Jujue Ahmad said...

wah..wah..wah.. nampak sedap dan gebu. Nak tanya cik mat klo cicah ngn nyior blh x?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnyer!
malam tadi pun akak mengapam jugak.. tiba2 tekak teringin nak mkn apam..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.