BEN ASHAARI

Monday, February 11, 2013

SCALLOP TUMIS TOMYAM..

rsz_scallop_gorng_tomyam
Pernah makan scallop atau kekapis atau shell?..Cm pestime makan 5 tahun lepas. Bukan selalu boleh jumpa, ada masa kalau ke pasar dan kena musim, maka ada lah, kalau tak, memang tak jumpa. Masa mula2 cm beli scallop ni dulu, timbul satu persoalan, macam mana nak bersihkan, nak masak apa..dan apa rasanya. Maklumalah tak pernah makan. Takpe, internet kan ada. Lepas cm cari macam mana nak bersihkan, maka buat lah ikut cara macam yang ditunjukkan. Memang kena bersihkan betul2, sebab ada bahagian isi scallop yang mengandungi pasir halus. Kemudian timbul satu lagi masalah, nak masak apa?...Mula2 dulu cm masak lemak cili padi, ok gak, sedap...Tapi kali ni masak lain pulak. Kalau baru2 ni cm masak dengan spaghetti di sini, kali ni nak kasi fusion sikit, kasi masak dengan pes tomyam...Sedap ke?...Hmm, kena lah rasa baru tau...

rsz_scallop
Kalau tak silap cm, ada 2 jenis scallop, satu yang kulit macam anda lihat di atas ni dan satu lagi kulitnya warna keperangan dan permukaan kulitnya agak licin. Isinya berwarna putih. Satu yang cm perhatikan, isi scallop tak boleh masak lama sangat, nanti liat, lagi pun makanan laut kan cepat masak. Lain kali cm nak try scallop bake wif cheese....pengsann lah kolestrol....grrrrr....Ok resipi untuk entri hari ini seperti berikut.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg scallop @ kekapis @ shell, diambil isinya dan dibersihkan, cuci dan tos
10 tangkai kacang buncis, kerat pendek
1/4 bahagian traffic light capsicum, dipotong kiub
1 batang saleri, potong kecil
1 batang leek, potong kecil dan rendam
10 biji cili padi thai merah, dititik
2 helai daun limau purut
1 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar penuh pes tomyam (sebarang jenama pilihan anda
1 biji limau kasturi, perah jusnya
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis serai, bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan pes tomyam, sos cili, sos tiram dan daun limau purut, kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil dan kacau sekali sekala.
  2. Masukkan leek, saleri, cili padi dan scallop. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masukkan kacang buncis dan trafficlight capsicum. Kacau dan masak sekejap hingga sayur lembut, akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat.
CATATAN MAT GEBU :- Garam cm tak letak kerana pes tomyam dah terasa garamnya, tapi kalau anda rasa perlu, boleh tambah sedikit sos ikan atau garam...Selamat mencuba!

6 comments:

Fyna Ahmad said...

tengok je dah menyelerakan.. nyum..nyum..

Sufi Al-Arshadiy said...

Sy suka mende ni tp xtau pon namanya scallop.hehe. Selalu masak lemah putih je..ataupun rebus mkn cicah sos..betapa tak kreatifnye...hihi

sentebale-hk said...

Kekapis kulit putih sy pernah makan masa duk trganu. Mudah dapat d psr p.kambing...kata pakcik peniaga tu byk kat pulau redang. Bulan jan mmg senang nak cari d psr tu. Sedap msk dgn cheese @ bakar bodoh2 atas non stickpan..hehe

puspawangi said...

Salam CM..sy selalu tgk yg dalam tin je..yg fresh ni nampak kulit macam kerang..mcm mana nak kenal yg mana satu kerang yg mana satu scallop..

amer akat said...

sedapnye.. buat sy lapar .. ahaks

btw .. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

Lov Note said...

T_T sedapnyer...xpena nmpk kekapis kt cni..psrya pn susa nk jumpa..


n lov xpnrh dapat try pun lagi rasanya..huhuhuh ni sedeyh ni..tgok pic tu je da leleyh2 air lio..