MI SIPUT GORENG RANGUP...KRAP..KRUP..KRAP..KRUP..

rsz_mi_siput_jhr1

Petang semua, hujan sini, tapi tak lah lebat, cuma hujan renyai2 manja dan berangin lembut. Kebetulan cm ada beli mi siput tu hari. Petang tadi teragak nak goreng rangup dan cicah sambal kicap. Ada yang sarankan di FB, cicah sambal tumis, dan memang ada sambal tumis, jadi cm letak sekali sambal tumis dan sambal kicap. Kena pulak dengan hari yang nyaman, kopi panas dan itu mi siput yang telah digoreng rangup. Cm rasa lah kan mi siput ni (kalau tengok tidak lah rupa siput sangat, rupa sanggul pun tidak, kalau rupa roti jala tu ada lahh....), diperbuat dari mi kuning yang dikeringkan. Nak goreng kena kasi minyak panas dulu, kalau tak, dia takmo jadi rangup sangat dan mi dia pun nampak kejung, takde jerawat2 cekci macam gambar atas tu.... Kata orang lah, mi siput ni makanan orang Muar Johor, ni orang kata..bukan cm yang kata...bukan apa nanti ada pulak manusia cetek akal 'carut' kan cm macam kes dulu tu...Resipi rasa cm tak perlu, tapi tulis lah serba sedikit sebagai pelengkap....

rsz_mi_siput_jhr

Ini rupa mi siput yang belum digoreng, rasa cm boleh beli di pasaraya seperti MyDin (tak pasti lah, kemungkinan ada), takpun anda google je lah kat internet cari kat mana boleh beli....semuanya dihujung jari anda betul tak, cuma nak dengan tak nak saja..

BAHAN-BAHANNYA :-)
Mi siput secukupnya (cm goreng dalam 5 keping)
Sambal kicap
Sambal tumis

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak masak untuk goreng terendam. Kemudian masukkan sekeping mi siput. Tenggelamkan dengan mi tadi dengan sudip, bila mi kelihatan kembang, perlahankan api dan balik2kan. Goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan.
  2. Buat kaedah sama untuk baki mi siput dan goreng sekeping untuk sekali goreng. Hidangkan dengan sambal kicap dan sambal tumis, kalau anda rasa nak lebih inovatif, apa kata cuba sira dengan sambal, ala2 kerepek ubi sambal tu...ada berann?.

Post a Comment

11 Comments

  1. Assalammualaikum cmg.
    Selain goreng mee siput ni bole buat mee sup or lain lain resipi...kalau cmg ada resipi bolehlah kongsi dengan kami2 ni. Memang betul mee siput ni menjadi makanan kudapan harian orang muar.

    ReplyDelete
  2. camaner rasanyer ni cik mat? cam maruku pun ada rupanya.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kebetulan dh ada kat bp nk g beli artr..selalu beli kat kedai merepek..kat kl x tahu kat ner goreng panas then sura sambal habis sepeket gamaknya

    ReplyDelete
  5. LH penah makan sekali masa student. sedap!!.. Masuk dalam plastik then masukkan sambal baru makan. perghh!!

    ReplyDelete
  6. yerrr....ini memang makanan orang Muor pada asalnya...tetapi sudah pandai dimakan oleh semua orang sekarang ni sebab kesedapannya....saya kalau dapat makan ni, berkeping-keping sorang cik mat oooi.tetapi sambalnya, letak kacang tumbuk...adoooyaiii teringinlah pulak.

    ReplyDelete
  7. waaa...rasa nak balik muar pi beli mee siput.. ohsem... rebus buat mee goreng pun sedap juga...

    ReplyDelete
  8. Ye... banyak jual kat muor.. buat pengat pun boleh campur dengan pisang. Tapi kena pecah-pecahkan lah mee siput tu sebelum dimasukkan dalam pengat.

    Kalau zama sekolah dulu sedap berendamkan sambal kicap. cecah sambal tumis lagilah walah...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..tumpang lalu...

    Jemput la jenguk ye..

    Mi siput rangup..

    http://m.mudah.my/view?q=&so=1&ca=12_1_s&e=0&sa=&cg=8040&female_subcat=&o=2&ad_id=28125982

    ReplyDelete
  10. Resepi sambal kicap tuh pelissss......✌😁

    ReplyDelete
  11. Sis..mi siput yu guna jenama ape...kat mana ade jual..

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.