BEN ASHAARI

Thursday, February 21, 2013

NASI ULAM YANG MENYEGARKAN.

rsz_nasi_ulam
Assalammualaikum, salam Khamis. Hari ni cm masak yang betul2 ringkas tapi berkhasiat. Kalau tempoh hari cm buat nasi kerabu, kali ni buat nasi ulam pulak. Tak sama ke nasi kerabu dengan nasi ulam?..Nampak macam sama tapi banyak kelainannya, cuma bahan2 ulam tu kurang lebih sama. Cuma nasi ulam tak semeriah nasi kerabu. Cm guna apa sahaja ulam yang ada, dan nasi ulam dimakan bersama telur rebus, tapi cm makan dengan telur pindang, yang cm dapat dalam berkat majlis perkahwinan anak sepupu cm tempoh hari. Nasi ulam ini bagus juga untuk membuang angin dalam badan kerana mengandungi hirisan halus halia dan lada hitam. Bagi mereka yang kurang sehat, cm sarankan cuba makan nasi ulam untuk menghangatkan badan anda...Resipi amat2 mudah, dan yang cm buat ini hidangan untuk 2 - 3 orang.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram nasi yang dikareh dan sejukkan
2 ekor ikan kembong, bakar dan ambik isinya, tumbuk halus
1 inci ikan kurau masin, rendam 20 minit, goreng dan tumbuk hingga gebu
1 camca besar lada hitam, tumbuk halus
2 camca besar kerisik
1 camca besar bawang goreng, diramas
3 biji telur rebus, belah 4 setiap 1
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAM DI HIRIS HALUS :-)
6 helai pucuk mengkudu
2 helai daun kunyit
4 helai daun cekur
1 genggam daun kesom
1 genggam pegaga
1 genggam daun selom
1 genggam ulam raja
2 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai, ambil bahagian putihnya
5 biji bawang merah
1 inci halia


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan bahan2 ulam yang dihiris halus, tambah isi ikan kembong dan isi ikan kurau masin yang telah ditumbuk halus. Masukkan bawang goreng dan lada hitam Gaul rata.
  2. Masukkan nasi, kerisik dan sedikit garam. Gaul hingga semua rata dan mesra. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Gaul rata dan hidangkan bersama telur rebus. Selamat menjamu selera!!...


12 comments:

Mrs. Abi said...

ya Allah PCM, awin dh lama ngidam nk makan nasi ni... bru td gtau mama ngidam nk makan nasi ni...huwaaaa... dapnye

Sizuka said...

nasi ulam enak dimakan bersama dgn sayur keladi.. kalau di utara byk dijual terutama ketika bulan ramadhan..

mommychic said...

subahannallah!!!! sedapnya ;D terima kasih CM, TERBAEK!!!

Gee® said...

Aduh mak aii!! lapaaaar....

Sally said...

Salam CMG..terliur pulak tengok telur pindang tu..lama dah tak makan..

Salmi Khairil said...

memang nampak sangat menyegarkan..sedapnya

Rozita said...

sedapnya!!!!...mana nak cari bahan ni!!! waaa...

faa.rosli said...

copy resepi!sedap giler nampak kat sini...tak leh jadi..fevret!fevret!hehe

aima said...

CM, kareh tu apa? telur pindang tu menyelerakan....

mommynana said...

Very sedap....

shidah said...

lahhh.. senang je rupanya buat nasi ulam nih.. main gaul2 mcm tuh je ke? lagi senang dari nasi goreng nih...

wanda meowmeow said...

dah lama tak pekena nasik ulam nih

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.