BEN ASHAARI

Sunday, February 24, 2013

NASI LEMAK ALA KAMPUNG...UNTUK HARI INI...

rsz_nasi_lemak_kampung
Assalammualaikum, salam hujung minggu semua. Anda sehat?..Cm hari ni cuma masak sekali saja, buat nasi lemak pagi tadi, sebab Bak tak sehat, dan dia teringin nak makan nasi lemak. Memandangkan tak plan apa2, jadi cm cuma buat benda2 yang asas, timun pun takde, cuma ada yang dah mula uzur, tu pasal anda nampak hirisan timun mula kekuningan sudahh. Seperti biasa, cm akan guna beras Basmathi untuk masak nasi lemak, selain sedap, sukatan untuk cecairnya juga mudah. Guna beras biasa pun boleh, sukatan santan sama dengan banyak mana air yang anda biasa masak. Tapi kan beras Basmathi jenis lain, cm rasa perlu sukatan berlainan sedikit. Kalau Basmathi Moghul, nisbah dia 1 : 1.5 iaitu 1 beras : 1.5 cecair, kalau beras Basmathi King Jasmine sukatan dia kurang sikit, 1 : 1.3 iaitu 1 beras : 1.3 cecair. Yang jenis lain cm tak pasti, sebab tak pernah guna lagi. Ini sebagai panduan untuk anda dan juga cm pada masa akan datang...

rsz_nasi_lemak_kampung1rsz_nasi_lemak2 (1)
Sebab cm macam rajin sikit, maka cm bungkus dengan daun pisang, konon2 macam yang jual di warung2 kat kampung (eh, bandar pun ada gak kan style macam ni). Tapi daun pisang tu macam tak ngam dengan kandungan nasi, cm rasa sebab terlebih muatan, grrrr...gasak lah kan, janji nampak authentic Malaysian Nasi Lemak. Dan seperti biasa, bila dah tak cukup bahan2 sampingan, belasah guna apa yang ada saja. Sambal tumis ikan bilis, ikan tenggiri goreng kunyit, telur rebus, hirisan timun dan ulam daun selom...rasa aneh tak?.. Ehemm cuba dulu baru tau sebab keanehan itu mendatangkan rasa yang sungguh sensasi dan sedap. Satu lagi mungkin aroma dari daun pisang yang buat nasi lemak lagi sedap. Anda boleh saja nak makan dengan lauk2 lain, tapi nasi lemak sebenarnya wajib ada sambal tumis, ulam timun dan telur (samada rebus, telur dadar atau telur mata lembu). Resipi macam yang cm pernah buat dulu, takde beza..Dan sebelum tu nak share dengan anda yang ada anak2 kecil...petua yang bagus di sini....

BAHAN-BAHAN NASI LEMAK :-)
4 cawan beras Basmathi (cm guna Basmathi Moghul), cuci dan rendam 30 minit
6 cawan santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar, belah 4
1 batang serai, dititik
1 inci halia, diketuk
4 ulas bawang putih, diketuk
1/2 camca teh halba
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
2 genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 camca teh pes asam jawa
1 biji bawang besar hiris
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras, hiris*
1 inci belacan*(*dikisar halus)

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Telur rebus secukupnya, dibelah 2
Hirisan timun secukupnya
Daun selom (optinal)
Ikan goreng @ ayam goreng
Sambal tumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK NASI LEMAK :- Toskan beras Basmathi, masukkan ke dalam rice cooker, masukkan santan, daun pandan, serai, bawang besar, bawang putih, halba, halia dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi kering. Biar betul2 masak, kemudian gemburkan nasi guna chopstick, off kan suis rice cooker, tujuan untuk mengelakkan nasi lemak menjadi terlalu bergerak pada bahagian bawahnya. Sementara menanti nasi masak anda boleh buat sambal tumis..
  2. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga pecah minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah ikan bilis(toskan). Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api...
  3. UNTUK NASI LEMAK KAMPUNG :- Ambil sehelai daun pisang, dan letak atas sehelai kertas surat khabar (yang telah dipotong kecil sikit dari saiz daun pisang). ceduk nasi lemak secukupnya atas daun pisang. Letak hirisan timun, telur rebos dan sambal tumis, kemudiam bungkus seperti dalam gambar. Boleh hidangkan dengan baki bahan2 sampingan..

12 comments:

Noor Mala Shahar said...

SEDAPNYA NASI LEMAK NI

Delima Zamrud said...

Sedap makan nasi lemak dihujung minggu CMG sambal nyer nampak menaiks sgt, semoga CMG cepat sembuh ek...

adda syuhada said...

sedap la plk tgk nasi lemak CM ni..nanti nak cuba wat versi CM plk..

Watanabee said...

ade sayur kangkung celur pun sedap...
teringat arwah nenek selalu buat mesti ade sayur kangkung...
Slurpp...

deno said...

deno suka nasi lemak! tanpa tambahan apa2 lauk lain selain sambal ikan bilis, telur dan timun

ilovekampungku said...

teringat nasi lemak panas mak buat masa kami kecil....mengimbau nyer...

Kesuma Angsana said...

yg ini mmg sodap lah CMG

mommynana said...

Esok nak buat sbb gi piknik... ;)

Tinot said...

Salam Che Mat.. Tini mohon resepi ni tau.. Hehe.. Sbenanrnye dah siap masak n makan.. Heehehe... Mohon kebenaran yea... Alhamdulillah.. Sedap..

Tira Cyrin said...

Saya pun nak mohon kebenaran untuk guna resepi ni ye, Che Mat. Terima kasih.

Alina Abd Razak said...

cm, saya peminat cm. Cm sumber inspirasi saya. Nak masak mesti google resepi cm. Terima kasih cm.

jeff... said...

Assalamualaikum saya dah buat...mmg sedap..sambal sedap nasi nyer pun ok..kami sekeluarga mkn ramai2...saya Jeff Abdullah bagi Thumbbb uppppssss....!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.