BEN ASHAARI

Tuesday, February 12, 2013

KEK COKLAT KUKUS LAPIS KEJU...UNTUK TAHUN BARU CINA 2013.

rsz_kek_coklat_kukus_lapis_keju

Salam, hari ni agak mencabar nak ambik gambar, cuaca kejap mendung..kejap terang, dah siap prop semua, nak tangkap gambar, tiba mentari merajuk dibalik awan mendung...huhu, tukar posisi ke ruang lain, sementara nak susun, terus mendung macam nak hujan...sabar jee lah, dan akhirnya ku simpan balik kek ke dalam peti sejuk dan biar sampai ke petang. Alhamdulillah, cuaca kembali cerah dan dapatlah cm tangkap gambar. Walaupun boleh edit tapi gambar makanan dengan cahaya semula jadi lebih menyerlah, lebih asli dan nampak 'hidup'. Seperti anda tau, blog masak2, gambar antara bahan terpenting sekali sebelum resipi. Lihat saja Blog Azlita Masam Manis, Che Ct Delima, Kak Nor Secubit Garam, Kak Ummi dan lain2 blogger masakan...Gambar memainkan peranan amat besar sekali untuk blog terus hidup dan bernafas..

rsz_kek_coklat_kukus_lapis_keju1

Berbalik pasal entri kali ini, kek coklat kukus lapis keju yang cm buat ni untuk dibawa ke rumah makcik2 cina masa chinese new year lepas. Dan cm ada buat lebih. Kasi simpan dalam peti sejuk. Dan sebab hari cm takde masak apa2 sangat, maka cm masukkan sajalah sebagai entri. Dah beberapa kali juga buat semenjak Kak Yati Memories, bawak ke rumah cm masa dia datang dulu dan ku mula jatuh chenta..hehe. Rasa dia bess cuma tak boleh lah makan banyak sangat, cepat muak (nak2 itu che mat). Buatnya mudah dan boleh dikatakan tidak banyak karenah. Resipi sama macam cm pernah buat dulu, seperti di bawah ini..


BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 camca teh esen vanilla 
Sedikit garam
1/2 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur grad A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAHAGIAN COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan bertanda (*) tadi sedikir demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata. Kemudian bagi dua sama banyak. Ketepikan sekejap.
  2. UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE :- Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin. Ketepikan sekejap.
  3. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE :- Panaskan kukusan, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminiu m foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit. 
  4. Bila kek masak, tuang pula bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang baki adunan coklat. Terus mengukus hingga masak.
  5. Kalau ikut resipi Kak Yatie, kena kukus 20 minit lagi, tapi mat kukus kurang lebih 35 minit, ini anda kena check sendiri, lepas 20 minit, buka aluminium foil dan periksa bahagian tengah kek, jika belum masak, sambung kukus sampai kek masak, pastikan anda tutup dengan aluminum foil. Biar kek sejuk dan boleh keluarkan dari tin, boleh dipotong dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk, pastikan anda bungkus atau letak dalam bekas bekas bertutup sebelum disimpan.

15 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

inilah kek yang mula2 belajar dgn Kak Yatie dari zaman kami sama2 belum ber-blog cuma kenalan di fb, memang terbaekkkk!!

Mat Gebu said...

@ SKTJ - betul tu kak, serius sedap..lembap jee kan, ngeri pun yea kalau dah mula makan..hehe

Sunah Sakura said...

kek ni lagi?????????????

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

meera said...

Klau guna tpung naik sendiri tuk kek tu boleh x cik mat..

Yatie said...

kek ni nampak mcm susah, tapi mudah je kan che mat buatnya...sodap pulak tu...

Emma Marinie said...

Sungguh teruja nenfok gambarnya

HUZAIFA said...

tengok cam sodap jer.... cara pun cam mudah jer... apakata kita try dulu baru tau kan cik mat?

Nisa's Mom said...

ooh..your cake looks delicious, I need to try this too :)

gadisBunga™ said...

setuju! tanpa gambar cantik2...blog akan kurang elemen. lagipun kite perlu reference jugak cemanakah rupa masakan itu nanti...kan kan?

Yuyu Zulaikha said...

tskk.. dugaan :'(

Fyna Ahmad said...

asalkan singgah blog mat gebu mesti stress... stress dengan makanan. mengiurkan. adeehh...

faa.rosli said...

memang nampak sedap kek ni..

tapi faa ni pemalas sikit..lepas masak terus snap gambo xkira laa mendung ke x..hehehehe

fizafantagirO said...

PCM ..uhukk..sedapnya! bila la leh p sedenak lg nih ..

fuzza nissa said...

gambar nmpk amat best! mgkin blh buat nnti .... teksture kek moist ke?

www.mummysayf.blogspot.com

m!sz r0dY said...

salam che mat...mohon izin share ye?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.