BEN ASHAARI

Tuesday, January 29, 2013

TELUR SARDINE?.....TAK PERCAYA KE?...

rsz_telur_sardine
Petang semua, tatau nak letak entri apa, jadi cm hidangkan telur sardine jelah sebagai entri. Errr bukan telur dari ikan sardine, tapi telur dadar yang dicampur ikan sardine dalamnya. Aneh ke?..Jangan rasa aneh sangat, kalau tak cuba tak tau yea tak. Cm mula2 rasa aneh juga, tapi lepas makan, daku masih normal, tidak hilang ingatan, bertindak ganas atau diluar kawalan...jadi tak aneh lah kan. Nampak tembam2 kan telur tu, apa rahsianya? Psttt..meh sini cm bagi tau, nak telur jadi tembam, anda campurkan sedikit baking powder dalamnya. Lepas tu masak dengan api kecil dan tutup permukaan kuali atau pan. Yang ni cm guna non-stick pan kecil saiz 4 inci, dapat dalam 4 keping. Tu jelah rahsianya takde apa sangat. Ok, bersedia?..Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
1 tin kecil sardine cap ayam (atau sebarang jenama) ambik isinya dan hancurkan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
Sedikit daun bawang
1 camca besar mayonnaise
Sedikit serbuk lada hitam
Secubit garam
1/2 camca teh baking powder

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan sardine, bawang besar, bawang putih, halia, hirisan cili hijau/merah, mayonnaise serbuk lada hitam, baking powder dan secubit garam. Kacau semua tadi hingga rata.
  2. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam no.1 kacau rata2. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak. Tuang 1 senduk bancuhan tadi dan masak dengan api kecil. Tutup pan dengan tudung periuk. Masak hingga permukaan telur kering. Terbalikkan dan masak lagi hingga perang.
  3. Buat kaedah sama dengan baki bancuhan. Kalau anda guna pan atau kuali besar, mungkin dapat sekeping atau dua. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

7 comments:

aDisH.sHidA said...

CMG memang suka mencuba sesuatu yang di luar pemikiran orang lain...

kenapa la masa awal baca post di Fb dok ingat roti..huhu...


ummiaiman said...

Teringin nak buat....tq bg idea...salam perkenalan drpd:suteraungu87.blogspot.com

Yuyu Zulaikha said...

tadi tak lapar, takde pulak entry masak masak pok cik mat. ni dah tengah lapar, banyak pulak entry masak masak dia :'(

Ujie said...

Wah..boleh try ni. kelainan dlm masakan.

*lps letak baking powder tu tak perlu biar seketika ya? Boleh terus masak.

محمد رازيق said...

perh. sedap tu nmpknya PCM. cam eksaited sy nak try. hehe

Yati said...

CMG masak apa pun semuanya nampak menyelerakan....boleh la try nanti.....^_^

juju said...

che mat the best la..sbbnye..sy dah bnyk try resepi cmg semua tepat n sedap...ade gak sy try resepi org lain..tp xkenala mcm bg resepi xhabis ..xsama ngan gambar dia tunjuk.....apepun cmg gak yg best....