ROTI BAKAR 'MAMA ZIEZA'...MENGIURKAN..HMMM..

rsz_roti_mamazieza
Malam semua, haha, ada yang ingat entri cm ala2 luc** eks, sabar, bukan niat macam tu, tapi anda sediri tengok itu gambar, betul tak ia mengiurkan?...Kata dah, nak2 bila malam macam ni. Terima kasih cm pada MamaZieza kerana sudi singgah Ahad lepas setelah selesai kelas roti di Johor Baharu yang beliau sebagai 'ibu guru', MamaZieza (MZ), singgah rumah cm sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka. Bess lah bergosip dengan mz, nak2 pasal baking2 ni semua. Mz datang bawakkan roti, bes2 semuanya. Bonda siap puji kata roti mama buat sedap...rasa jelessss, rasa nak merajuk pun ada....haha, takde makna nak jeless, kalau dah betul sedap, kita kata lah sedap. Kalau anda teringin menghasilkan roti seperti ini, apa kata sertai kelas Roti MamaZieza, anda boleh inbox MZ di FB beliau di sini...jangan segan, amat2 berbaloi, tak percaya boleh baca dan lihat gambar di entri Kak Yatie Memories di sini....

rsz_roti_mamazieza1
Ada beberapa bentuk roti yang mz bagi kat cm, tapi tak sempat nak ambik gambar, sebab dah kena makan. Cuma mat sempat asingkan sandwich loaf. Kata mz, roti yang ni sedap dibakar dan pecahkan telur 1/2 masak, ala2 kopitiam. Ishh teruja juga mendengarnya, jadi cm pun buat...Roti tu hiris tebal sikit, gunakan pisau mata bergergaji kalau ada, kemudian panggang dalam kuali, cm guna kuali ajaib, guna pada bahagian yang ada jalur2 tu. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi, serba ringkas mat buat seperti berikut, tapi sebelum tu kita lihat entri pilihan DTS di sini...Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti hirisan roti paun (boleh guna roti sandwich)
2 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam berperisan "aji-shio"

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Bakar roti tadi hingga perang keemasan pada kedua2 bahagian. Telur direbus 1/2 masak dalam air mendidih sederhana selama 5 - 6 minit. Kemudian toskan. 
  2. Letak roti dalam piring sesuai, pecahkan telur rebus 1/2 masak perlahan2 atas roti. Guna sudu untuk menanggalkan lebihan telur dari kulitnya. Tabur lada hitam atasnya dan hidangkan bersama kopi panas......Tak payah cakap banyak yea...makan diam2 sudah..

Post a Comment

13 Comments

  1. alaa...org pegnen xle mkn mnde separuh masak..keciwa i

    ReplyDelete
  2. dari roti putih biasa dah jadi roti luar biasa di kerjakan che mat....wat aiii tergoda jek..

    ReplyDelete
  3. phewwww.. sedap tuu. boleh try ni..

    *nak jimat, makan telur ja.. kekeke

    www.longoi.com

    ReplyDelete
  4. memang betul2 buat akak terliurrr... bak sekeping mat nak wat sarapan.. hihi..

    ReplyDelete
  5. aduh la meleleh2 la kuning tue ...terliur

    ReplyDelete
  6. adus...sedapnye roti ni,bak skeping nak bekpes ni.:)

    ReplyDelete
  7. hehe dh penah mkn..kat sini pggl roti telur gedik2..haha

    ReplyDelete
  8. terima kasih CMG kerana pilih entry ke sedenak tu sbg entry pilihan di DTS...


    tengok roti dan telur tu betul2 menggiurkan..sexy plak tu nampak..teringat kacang pool yang xdapat makan masa g Johor aritu..

    ReplyDelete
  9. sedap2 telan air liur daahhhhh hehe

    ReplyDelete
  10. Adess.....cedapnye.nk wt eeh wekend nih

    ReplyDelete
  11. Adess.....cedapnye.nk wt eeh wekend nih

    ReplyDelete
  12. roti yg jd luar biasa.... heheh mcmmana nak buat garlic bread?

    ReplyDelete
  13. apakah ini? ya Allah memang terliur tgk mende yang menggiurkan. tapi...huhuh tak bole makan sebab preggy

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/set-penyusuan-shaklee-paling-bajet-gila.html

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.