BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2013

SOTONG KANGKUNG JOMMM!!!...

rsz_sotong_kangkung
Assalammualaikum, sehat ke ni hari?...Err ada yang tegur kata che mat, u ni guna bahasa terbalik tau, bukan 'ni hari' laaah, tapi 'hari ni'...haha, ye ke, ntah lah sebab kita orang dah biasa guna macam tu, ni hari, ni jam, ni haa!! Hari ni mat buat sotong kangkung, sebab bahan2 dah ada, pagi tadi tiba2 termengidam sotong kangkung. Pada mat buatnya tidak lah susah sangat, hanya perlu ada kangkung, sotong kembang dan bahan sosnya. Bijan dan kacang tanah tumbuk sebagai hiasan juga sebagai tambahan untuk memantapkan lagi sotong kangkung anda. Sos petis tu anda kena pandai gayakan, ada petis yang sedia kala manis dan ada yang tidak, jadi kena pandai adjust rasa manis dia. Ok kita lihat resipi mudah ini..

BAHAN - BAHANNYA:-)
2 cekak kangkung, siang berasingan batang dan daunnya, cuci bersih dan toskan
2 ekor sotong kembang, saiz sederhana
Bijan secukupnya, disangrai hingga wangi
Kacang tanah tumbuk secukupnya
Beberapa titik minyak bijan

BAHAN-BAHAN SOS :-)
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos hoisin
2 camca besar sos plum
4 - 5 camca besar penuh petis
1 camca besar kicap pekat
2 camca besar kicap manis (mat guna jenama ABC)
Gula jika perlu
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SOS :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis cili kisar hingga harum. Masukkan sos hoisin dan sos plum, kacau rata. Tambah petis, kicap pekat dan kicap manis. Kacau dan tuang air. Kacau hingga sebati dan renihkan hingga sos pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit gula. Biar sejuk.
  2. Sementara itu, sotong dibersihkan dan potong kiub pada saiz sederhana, celur dalam air mendidih bergaram selama 1 - 2 minit, angkat dan toskan. Kangkun juga dicelur dalam air panas mendidih bergaram yang di tambah sedikit minyak makan. Celur 30 saat sahaja, kemudian angkat, toskan dan rendam dalam air berisi air batu. Bila kangkung sejuk, toskan hingga kering..
  3. UNTUK SOTONG KANGKUNG :- Letak kangkung dalam bekas sesuai, kemudian letak sotong atasnya. Tuang sos atas sotong tadi, ratakan. Tabur bijan dan kacang tanah tumbuk, letak sedikit minyak bijan. Hidangkan segera....
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda suka pedas boleh tambah cili dalam sos tadi. Sos akan lebih pekat bila ia sejuk. Kalau takde sos plum, anda boleh letak sedikit asam jawa.  Boleh juga dihidangkan secara individu, maksudnya, anda asingkan sotong, kangkung, sos, bijan dan kacang tumbuk dalam bekas berasingan dan hidangkan...Selamat mencuba!!



16 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

yang ini betul-betul kak Sari dah kecurrrrr.. padahal abang yg punya favourite :-)))

Jiji-Fify said...
This comment has been removed by the author.
Jiji-Fify said...

Nak try jugaklah buat sos tu. Nanti boleh makan ala yong tau fu jugak kan. :))
Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahhhh!! sedap!

Norasiah Nasir said...

tengkiuuuu mat..biasa mkn kat kedai..ni dah ada resepi leh cuba..thanks mat share :)

lady gamer said...

nampak sedap nie...nnt ble la try buat sendiri

nea lopah said...

10q selalu beli jer..lepas ni bole buat sendiri.

el said...

1st time komen sini sbb sotong kangkung...mmg melelehh dah ni..oh sgt kijam abg mat gebu hahahah terbuekkkkkkkkk...nti try cuba kt rumah plak

Kakzakie said...

Ohh.. kakak dapat petua baru ni lepas toskan rendam dlm air batu utk apa ye CMG? kakak selalu tak masuk dlm air batu pun itu yg agaknya bila lama kangkung jadi tak hijau (birat). Lain kali kakak buatmacam CMG ye.

faa.rosli said...

nyumnyum!

Chinta Safia said...

ermmm..sedapnyer..

Sya Kiffli said...

sedapnyaaaa cik matt....

diana said...

SOTONG TU KALAU CELUR MACAM TU JE TAK HANYIR JE..SAYA TAK PERNAH MAKAN BENDA NIH..HEHHE..SOTONG TU PERNAH LA MASAK TAPI MASAK SAMBAL..TAK PERNAH LAK CELUR JE..

RIANA67 said...

memang suka makan..bila da ada resepi ni..nk try..selama ni xpndai buat pn..pndai makan je..ehhehe tq chek mat..smoga tuhan memberikan rezeki yg melimpah..ilmu yg bermanfaat..ada balasan smpai kesyurga...pengamal resepi chek mat..ehhehe sesuai ngn selera SABAHAN saya..ehhehe thnkz again

Langsir Hitam said...

Inche Mat, nak tanya ni...

1. Sos Hoisin tu sos apa?Mana nak dapat?

2. Disangrai tu apa?

Tq..

Diana @ Melley Mey said...

Terliur tgk... Sedaaaapnyaaa...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.