BEN ASHAARI

Friday, January 25, 2013

KEK PANDAN MENTEGA KAS-KAS.

rsz_pandan_poppyseed_butter_cake
Salam semua, lama tak buat kek, kali terakhir...errr bila eks, macam tak berapa rajin pulak nak cari balik kat DTS. Tak kesah lah. CM buat kek ni semalam, kira kek untuk tetamu. Bila nampak resipi kat blog Che Puan Rima di sini, terus cm teruja sangat. Walaupun pada asasnya ia hanya kek mentega biasa, tapi gabungan antara poppy seed atau kas-kas, yang menjadikan kek ini ada sedikit kelainan, Tapi cm nak bagi tau sikit, di Singapura kalau tak silap cm, kas-kas atau poppy seed adalah bahan larangan. Itu yang cm tau lah sebab pernah ada kes sorang blogger masak2 berbangsa cina diarahkan men delete segala entri yang ada menggunakan kas-kas. Heran juga, sebab di Malaysia, kas2 telah digunakan sejak beratus tahun dahulu sebagai salah satu rempah ratus dalam masakan, terutama masakan kurma. Mungkin ada segelintir manusia yang tersangat pandai telah menggunakan kas2 sebagai bahan terlarang....wallah hualam....

rsz_pandan_poppyseed_butter_cake1
Kek ini boleh dikategorikan sebagai kek yang mudah untuk dibuat dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan2. Dan paling utama, ianya sedap. Untuk pertama kali juga cm gunakan acuan istimewa pemberian Blogger Puan Azlita (terima kasih Kak Ita). Apa yang bess pasal acuan bundt-pan ini, selain corak dia menarik, ia juga tebal, kek mudah dikeluarkan tanpa cacat cela. Kalau takde, anda boleh guna tin kek bulat berukuran 7inci atau 8 inci atau loaf pan, mungkin kalau saiz sederhana, anda boleh buat 2 biji kek. Nak resipi?...ok..jomm, senang2 nanti anda cuba dan nikmatinya bersama keluarga dan orang tersayang. Tak rasa bangga ke jika suami dan anak2 memuji hasil air tangan anda.... SEDAP!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega
200 gram gula kastor
4 biji telur gred A
250 gram tepung gandum*
5 gram baking powder*(*disatukan dan diayak)
100 ml susu segar
50 gram kas-kas @ poppyseed (mat letak 30 gram)
1/4 camca teh pes pandan (mat letak 1/2 camca teh)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser tin atau acuan yang anda gunakan. Kalau guna acuan bulat atau persegi, alas dasarnua dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga putih dan gula hancur. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang (kebiasaannya jarak waktu untuk dimasukkan sebiji lagi telur ialah 1 minit).
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar. Putra rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu dicamur pes pandan, kacau rata dan satu dicampur kas-kas @ poppyseed. Kacau rata.
  4. Tuang bancuhan kas-kas dalam tin, rataka. Kemudian tuang pula bancuhan pandan, ratakan. Bakar selama 50 - 60 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sekejap dan terbalikkan atas jaringan. Biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong....
CATATAN MAT GEBU :- Sebab cm guna bundt-pan, jadi cm masukkan bancuhan pandan dahulu, kemudian diikuti dengan bancuhan kas-kas. Sebab bila diterbalikkan bahagian kas-kas, cm nak dia berada dibawah. Apa2 gaya sekali pun ikut kreativiti anda. Kalau rasa nak buat marble kek pun boleh..Selamat mencuba!!..

9 comments:

ada the baker said...

salam abg mat gebu. nampak sedap tu. kalau budak setahun lebih boleh ke makan kas-kas ni?

Ummi said...

Lambatnya ko buat perasmian acuan tu Mat, hehehhe...nasib baik x hilang... ^__^. Mat, akak baru jek 2 3 hari lepas intai resepi kek ni kat dapur Rima tau...terliur2 tgk potongan kek dia dpn screen, baru bookmark! Aleh2 ko buat, apa kata hantar ke Ktn sikit....huhu...loyang akak dah masuk kotak sume....adeiii

diana said...

saya tak pernah guna kas2 dalam apa2 masakan..

fatin amalina husna said...

sedapnyaa..kalau dpt minum petang nih lagi sedap..=D

kas-kas?? mcm pernah dgr..0.o?

rinduan citarasa said...

Seriusssss

amat sedappppp.

Ohh.. Patutlah ayu dpt rasa dwi rasa..
Cmg boh y pandan br y kas2 tu.
Onsemmm. Manisnya pun manja2 pada trkak.

Syukurr. Saya dapat rasa. Thanks cik matt

Hafizah Samsudin said...

ohh yummy.. blh try ni:))
hafizahsamsudin.com

Rima said...

Memang lah off limit si kas kas ni (tak tahu pun si P seed also known as kas kas.. Ishh dah tua pun still blur hahaha).. I usually will buy a pack kat Europe.. Own consumption ahaks

the tempo of life said...

sedapnyaa

aDisH.sHidA said...

mmg menarik sangat kek nie...terutama lapisan kas2 ngan pandan tu. bila part kas2 tu ranggup je bila dikunyah..mmg sedap

ops kita tengok la photoshoot kek nie...hehee