BEN ASHAARI

Wednesday, January 9, 2013

KARIPAP LAPIS DAN SECAWAN TEH PANAS...

rsz_karipap_lapis1
Malam semua...Ehh che mat, kenapa letak kedudukan tangkai cawan tu tak selari dengan tangkai teko?...Betul tak ada yang terdetik dalam hati bertanya macam tu. Sebenarnya mat sengaja buat macam tu. Hmm, kadang2 bila seorang lelaki boleh memasak dan buat blog masak2, maka akan ada soalan2 aneh. Bertahun juga mat berblog, ada soalan yang begitu sukar dijawab, ada yang begitu mudah dijawab sampai terlebih jawab. Tapi ada juga mata yang memandang setiap tindak tanduk kita. Paling yang mat rasa tak besss..masa kes 'kepelikkan' seorang pengunjung ini perihal persahabatan antara mat dengan Ben, tatau lah mana peliknya. Tapi pada mat biarlah manusia rasa pelik, asal niat dan apa yang kita buat tidak melanggar hukum agama......

Ada masa, jemu juga nak berblog, tapi rasa sayang pada blog DTS ini ibarat sebahagian dari kehidupan mat sendiri. Walaupun mulut kata jemu, tapi hati tidak pernah sekali rasa begitu. Dengan berblog ni lah yang mengubah serba sedikit corak pemikiran mat. Dari seorang yang berfikiran agak lama, ortodok dan konservetif kepada yang lebih terbuka, positif dan tidak mudah melatah, kecuali dalam beberapa kes yang anda sendiri tau. Takpe lah, makin lama insha Allah kita akan lebih memahami dunia blog waimah apa jenis blog sekali pun...

Entri malam ni mat cuma letak karipap lapis dan secawan teh panas yang mat minum petang tadi. Karipap tu secara jujur bukan mat buat, tapi mat beli di pasar menjual ikan di Simpang Renggam pagi tadi, harga murah 4 biji RM 1, dan sungguh sedap dengan inti keledek. Teh yang mat tambah sehelai daun pandan memberi aroma yang sungguh 'melayu'. Hidang dalam set antik JG Meakin Rosa yang mat sayang... Dalam dunia ni tiada benda yang kekal, kalau kita mati orang yang kita sayang juga akan tinggal. Takpelah, biarlah kita mati dengan nama baik terpahat di ingatan mereka dan ilmu2 yang boleh memberi manfaat pada kedua2 belah pihak. Sedaya upaya cubalah ikhlaskan hati kita walaupun hak yang menentukan keikhlasan itu hanya Allah yang menentukannya...

Bagi anda yang ingin mencuba resipi karipap lapis persis seperti dalam gambar, anda boleh rujuk dalam entri mat terdahulu di sini.. Kalau resipi asal adunan dibagi 2 bahagian dan menjadi agak besar, anda boleh bagi pada 3 bahagian untuk mendapat hasil karipap lapis yang lebih comel....sekian wassalam......

12 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak sari selalu juga pergi pasar ikan kat Simpang renggam tu, tak pernah pulak nampak karipap lapis ni dijual, murahlah pulak tu. lain kali kena besarkan biji mata ni sikitlah kalau gi situ, hehehe.

Memang sedap makan karipap dengan teh o panas :-)

Lily Erliyani said...

mat tinggal di simpang renggam, johor ke? alahai, kecik nya dunia. hihihi...

gadisBunga™ said...

kite panggil tu karipap pusing. hihihi~

plain83 said...

waa karipap pusing.. cedapnyer ^^

en.mat penah try buat apple pie yg rasanya mcm apple pie McD x? check this out :D

http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2012/12/review-recipe-pai-epal-seorang-lanun.html

sentebale-hk said...

Assalam Che mat. Selama ni sy cuma silent reader. Baca rajin, nk komen segan. Walau che mat postkan entry lempeng ke....cekodok...sayur bening...sy tetap follow. Jgn dihirau mulut yg berbisa....asalkan kita tau jaga hati mulut yg berdoa utk kita...:-)
Teruskan berblog che mat!

Muna Mahdzar-Fadaaq said...

Salam cikMat,
Don worry wat peeple wan to cakap, we be happy.
xoxo

kkida @ 1001resepi said...

salam,
kkida sama seperti mat...kekadang rasa nak turn off aje blog tu...tapi rasa sayanglah pula...banyak entri yg buat kkida boleh recall balik cerita lama yg hampir kkida lupa...jgn stop berblogging ye mat...kkida pembaca setia blog mat...:)

Nor Kalmar said...

Hello Che Mat,

Sedap betul karipap tu... yummm...
I tumble upon your blod when I was looking for something to cook for supper... nampak resepi ayam ungkep jawa... teringat arwah mak masak ayam ungkep sedap gitu.. so I had that for the evening... kurang sikit for the rempah but ok lah... I am in Canada. I am now following you on fb..:-) Thank you very much. I will try your karipap resepi soon.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kat sini payah nak jumpa org jual karipap lapis...

aima said...

terliurnya dengan teko tu....karipap tu x brp berselera sbb dah hilang selera gorengan....huhu

Noor Yusoff said...

As salam En.Mat...tertarik dengan satu ayat tu Jika kita mati ...betul tu saya sokong sangat. Sewaktu kita masih ada sudah semestinya kita sayang pada benda tertentu dan pasti kita akan tinggalkan semua yang kita sayang. Alangkah baiknya bila kita pergi orang akan sentiasa ingat kan kita pada kebaikan kita,masakan kita serta pinggan mangkok yang selalu kita gunakan. Dan sudah pastinya benda benda itu memberikan satu suntikan baru pada generasi seterusnya menghargai.Dengan resepi resepi En.Mat ini menjadi ilmu yang tak ternilai dari wang ringgit. Semuga En.Mat sentiasa sihat dan di murahkan rezeki. Amin

Ummi said...

Mat,jeles tang JG Meakin tuuuuu....adeiii...karipap keledek ai liikkeee...!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.