BEN ASHAARI

Tuesday, January 15, 2013

AYAM PONGTEH....MEMANG MABELESS!!

rsz_apg

Salam petang, eh takde kuih2 ke untuk minum petang....hmm tak de, ni hari che mat malas, jadi untuk minum petang sila celop biskut krim kraker cap ping pong dengan air teh O. Nak kongsi apa yang ku makan tadi. Selain sambal kelapa tempoyak tu, mat masak ayam pongteh untuk che mat dan lemak fucuk @ tauhu kering untuk mereka yang lain. Ayam pongteh atau ayam masak dengan pes tauco ini satu masakan tradisi orang peranakan baba nyonya. Banyak kali juga mat dah masak dan masukkan dalam blog. Mat masak sikit saja sebenarnya. Ada baki ayam pencen yang tinggalkan dalam 6 ketul, jadi tatau dah nak masak apa, jadi kasi masak ayam pongteh jelah. Senang dan sedap. Tak pedas, kanak2 pun boleh makan. Bagi anda yang tak tau macam mana lah rasa ayam pongteh dan tak kuasa nak masak. Takpe, che mat ada satu jalan mudah untuk anda nikmati ayam pongteh, boleh lihat di sini...

rsz_apg1

Ayam pongteh kalau dihidangkan wajib ada sambal belacan, dan patah2 kan cili dalam kuahnya. Selain sedap dimakan bersama nasi, ia juga enak kalau dicicah dengan roti. Sebab mat guna ayam pencen, jadi mat masak ayam ni dalam pressure cooker. Seperti kebiasaanya, kentang dan cendawan shitake dimasukkan dalam ayam pongteh. Kalau anda nak cepat boleh guna ayam daging biasa. Resipi asal mat ambik dari buku masak Chef Florence Tan, tapi sebab mat buat dalam kuantiti sedikit, jadi kena lah oter sikit ikut ke sesuaian. Satu lagi keistimewaan ayam pongteh, kalau dibiar semalaman, rasa dia lagi sedap, kira dah mesra...Ok kita lihat resipi (mat paste dari entri dulu je lah yea...sori takdak pantun kali ni, otak dah beku...huhu)..


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, kerat 7 - 8 bahagian, cuci bersih dan toskan
10 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/3 cawan pes taucho (mat guna tauco biji2 dan mat lumatkan sedikit)
8 kuntum cendawan shittake segar, rendam
2 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap cair atau secukup rasa
Gula secukup rasa
Cili merah dan hijau, dipatah2
Hirisan daun sup, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan taucho, kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul hingga mesra dan biar ayam kecut. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  2. Masukkan kentang (toskan), tambah kicap pekat dan kicap cair (sedikit dahulu). Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana hingga kentang 1/2 empuk. Tambah cendawan shittake (tos dan perah). Masak lagi hingga kentang empuk.
  3. Tambah sedikit gula dan masak hingga kuah pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah lagi kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah dan hijau yang dipatah2kan. Hidang bersama nasi hangat dan sambal belacan...

7 comments:

Kakzakie said...

Macam nak ke Sedenak aje kakak rasa. Apsalah CMG duduk jauh sana. Kalau jiran kakak kan ke best:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

biskut celup teh o tetap yg terbaekkk! kalu makan dgn ayam pong teh tu laaaaaaaaaaaaagi kelass!!

Rozita said...

dulu2 ingat ayam pongteh ni diorang ada letak "teh"...hihi.. lawak betul...

adda syuhada said...

sedapnya CM...terliur nyer..tp nk masak kemain malas..adoii...

*SiRibenMerah said...

rasa-rasa cny neh dapur cmg kt sedenak berasap kuali diketuk x? nyum nyummmm.....

gadisBunga™ said...

hai che mat...hensemnye ayam pencen masak pongteh ittewwww..... ;)

Siti Nadira said...

klasik sungguh gambar che mat...terus feeling dok umah nyonya2 gittew...