BEN ASHAARI

Friday, January 4, 2013

ASAM PEDAS LADA HITAM IKAN DURI...

rsz_asam_pedas_lada_hitam
Asam pedas lagi, hehe, sori eks, tu je yang mat masak selain ayam tandoori tadi. Yang ini untuk bonda, sebab ada beli ikan duri yang bersaiz besar tu, atau ikan mayong. Jadi masak asam pedas saja lah yang paling mudah. Mat cuma beli 1 kerat sahaja, lepas tu mat potong jadikan 4 kepingan . Cuci dan perap dulu dengan limau nipis, kemudian cuci bersih dan toskan. Menjadi kebiasaan ikan2 duri seperti ini ada masa dan ketika berbau ke'ikan'nan yang agak kuat, jadi perlu diperap untuk mengurangkan baunya. Penggunaan herba2 seperti bunga kantan dan daun kesom antara elimen penting. Tapi untuk yang ini memandangkan mat campur sawi jeruk, mat tak letak daun kesom tapi mat letak bunga kantan dan serai yang dititik. Resipi mudah dan anda boleh guna ikan yang anda suka selain ikan duri macam mat guna tu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 kepingan ikan mayong (ikan duri jenis besar)
Sawi jeruk secukupnya, potong dan rendam
1 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 1/2 senduk nasi cili kisar
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan
1 camca besar lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci ikan tadi, kemudian perap dengan limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci kembali hingga bersih dan toskan. Sawi jeruk dicuci bawah air paip, kemudian potong kecil dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan sawi jeruk (tos dan perah) dan bunga kantan. Kemudian masukkan ikan. Kacau perlahan dan masak hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

9 comments:

Zurina Hj.Zainal said...

ammahhh!! kadavaley....sedapnyerrrr.....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

berasap telinga ni! hehe

Kaki Sembang said...

Sedap woooo..hujan2 nie aduyai

lady gamer said...

sedapnye....teringat masakan asam pedas ibu di kampung

Siti Nadira said...

hmmm...kira cam masak lada ek che mat?mmg kalo kat umah...ini laaa menu kalo ada ikan duri...:)

adda syuhada said...

sedapnya...

cottonmaniac maniac said...

Bestnye

cottonmaniac maniac said...

Nak mtk fb address boleh x?

Oh Oeya said...

Assalamualaikum Che Mat.
Moga sihat sejahtera.
Sedap tu asam pedas ikan mayong :)