OSENG-OSENG TEMPE DARI DATIN SHAHRIAH.

rsz_tempe (1)
Salam semua. Entri kali ni nak share dengan anda satu resipi yang mat dapat dari blog Datin Shahriah di sini. Ini resipi dari tanah seberang sana, Indonesia mari dan dikatakan dari orang2 Jawa..errr, macam Bak, dia Jawa gak tapi dah hybrid. Kebetulan semalam mat ada beli tempe RM 2 = 8 keping, tempe bungkus daun. Jadi hari ni mat buat resipi ni, saja lah nak rasa. Nampak menarik dan kalau anda perhatikan ia saling tak tumpah macam tempe masak kicap. Kalau mengikut tulisan Datin Shahriah (DS), oseng-oseng tu maknanya 'tumis', kalau gitu gamaknya, ini resipi tumis tempe lah kan, tapi "oseng-oseng' tu lagi cute lah bunyi dia. Buat dia mudah sangat dan rasa pun.........sedapp you. i likee!!..Ok jomm kita lihat resipi, terima kasih pada DS dan pemberi resipi asal, pembantu peribadi pada DS, nanti kim salam eks pembantu peribadi mu itu.....hehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping tempe (mat guna 4 keping)
4 cili hijau saiz sederhana, hiris
2 biji cili merah, hiris
3 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
4 camca besar kicap manis
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Sedikit gula dan garam
Sedikit air
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe dipotong dadu besar, kemudian goreng tapi jangan sampai garing, kasi goreng lembap2 saja atau embel2. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan harum, masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap manis, kacau rata dan masukkan sedikit air (anggaran 4 camca besar). Kacau rata.
  3. Masukkan tempe dan hirisan cili hijau/merah, gaul rata dan masak hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam dan gula (mat tak letak gula sebab dah terasa manis). Angkat dan hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

Post a Comment

10 Comments

  1. sedapnya cik mat...

    sy suke sgt mkn tempe ni..klu tgk resepinya, mcm resepi ayam masak kicap jer..bgs2...blk ni terus nak try...

    terima kasih yer cik mat...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum cik mat...mmg sedap masak tempe mcm ni..:)

    ReplyDelete
  3. selalu kalau kami buat oseng-oseng camni tak buh sos pun..cuma buh kicap je...hehe

    ReplyDelete
  4. e but classy kan..combinasi cantik..hitam menawan

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. Suka tempe tp kalo sorg2 je makan kat umah tu yg tak syok nak wat

    ReplyDelete
  6. Saya dah masak mengikut resipi ini 2 kali. Kali pertama, beberapa bulan lalu saya goreng tempeh sampai masak saja dan agak lembap. Juga saya tak letak cili supaya anak kecil saya boleh tumpang sekali. Suami saya tak berapa minat tempeh yang lembab jadi tadi saya goreng sampai garing dan hari ni saya letak cili hijau saja 2 biji. Anak saya belum makan lauk ni jadi saya tak tahu dia boleh terima atau tak tapi suami saya kata okay =) Alhumdulillah. Saya memang peminat resipi Che Mat. Setakat ni hampir semua resipi Che Mat yang saya cuba menjadi kecuali sambal tapi saya rasa saya memang tak pandai masak sambal sebab dari dulu sampai sekarang, pakailah resipi jenis apa pun, tetap tak menjadi. Terima kasih, Che Mat!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.