BEN ASHAARI

Monday, December 3, 2012

NASI GORENG CENCALOK...."ON" JEEE LAHH!!..

rsz_nasi_goreng_cincalok
Pagi Isnin semua....errr, awalnya che mat letak entri..Sebenarnya ini entri hari Jumaat lepas, tapi atas sebab2 yang mat tak boleh nak elak, kena ditangguhkan. Tapi ini cuma resipi cikai2. Alaaa, nasi goreng jee, bukan apa pun. Kali ni kasi campur cencalok dalam dia, lepas tu ada daging ayam, campakkan juga. Ada kacang buncis, pun campakkan lagi, semua main campak, tapi jangan kuali tercampak sama sudah lah yea. Sebenarnya nak habiskan stok nasi sejuk atau nasi yang semalam punya. Nasi goreng memang paling elok guna nasi sejuk, terutama nasi yang dimasak semalam. Jenis yang kurang kanji antara paling sesuai dan akan menghasilkan nasi goreng yang cantik dan tidak berketul2. Untuk variasi mat tambah cencalok, dah ada pengaruh orang2 peranakan pulak. Kalau nak tambah udang pun boleh, jika suka pedas, anda boleh tabur hirisan cili padi atasnya sebelum dihidang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk, dileraikan
1 camca besar penuh cencalok
1 keping dada ayam, dihiris
1 camca besar sambal belacan (cili merah@cili padi + belacan bakar + secubit gula = ditumbuk)
1/2 kiub ikan bilis, dihancurkan (optional)
10 tangkai kacang buncis, potong kecil
2 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, cincang
Sedikit sos ikan, jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, dibuang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Hirisan halus telur dadar, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan sambal belacan, kiub ikan bilis (jika guna) dan cencalok. Kacau rata dan goreng sekejap. Masukkan ayam dan masak hingga daging ayam berubah warna.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar mengeras sedikit. Kacau hancur, masukkan kacang buncis dan gaul rata. Tambah nasi, kacau dan biar nasi masak sekejap sambil digaul sekali sekala.
  3. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit sos ikan atau secukup rasa. Matikan api. Tabur dengan hirisan daun sup, bawang goreng, cili merah dadu dan hirisan halus telur dadar. Hidangkan panas untuk sarapan...

11 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

aishummm!!!

mis fatin said...

waahhh.. memang dok pk nak wat pe ngan cencalok dalam peti ais tu.. lama dah x guna. thanks bagi resepi!

http://www.fatinmyprobs.blogspot.com

akuzle ayu said...

Asal kreatif, apa saja menjadi kan, Cik Mat?

akuzle ayu said...

Asal kreatif, apa saja menjadi kan, Cik Mat?

Rozita said...

badan tak sedap..tekak pun tak sedap..tapi tengok cik mat masak nampak sedap la pulak..

Daddy Ziyyad said...

cencalok pun..cencalok la kannnn..mesti sedap cik mat buat ni...

TQ ya terima kedatangan kami Sabtu lepas...Ni saya ada coretkan sedikit di blog saya...

http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2012/12/ben-ashaari-pun-ada.html

JunAina said...

Aina jelez tak dapat join depa ziarah teratak CM Sabtu ritu... Nasib baik bukan tengah ngandung kalau dak mau dok meleleh ayaq lioq anak nant...ehehee...

citarasa rinduan said...

campak2 mmg ssgt onsemmm

kalau ayu pasti kn sukat2 hahaha

syiela said...

kreatifnya.. first time ni.. nak try jugalah nanti

*SiRibenMerah said...

adushhh.. cuba abg mat buatkan menu nasi goreng sardin kasi resepi meletopsss sket.. feberet saya tuh~ hehehe..

saya da update blog :)
sudi2 la jenguk ye..

Fariza Darwish said...

Ok Boleh try.. Cencaluk kat rumah tak tau buat ape ni.. Ada lagi tak resepi ringkas cencaluk ni ...thanks

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.