BEN ASHAARI

Thursday, December 6, 2012

MOIST FRESH BLUEBERRY POUNDCAKE

rsz_blueberry_poundcake
Rindu nak baking, jadi hari ni mat baking moist blueberry poundcake. Mat buat dalam 3 acuan poundcke yang comel, 2 lagi mat dah bagi pada anak buah. Blueberry tu beli di Tesco. Sejak2 nak Krismas ni, ada lah jual blueberry dan raspberry. Masa mat beli blueberry, ia hanya tinggal stok akhir dan harga murah, satu kotak 125 gram hanya RM 5.50 dan masih elok, takde buah yang kecut atau berair. Kalau harga biasa, sah2 leer berbelas ringgit. Jadi bila dah ada, boleh lah 'ON' projek. Sebab nak buat fruit tat atau cheese cake, mat agak malas, jadi ku buat poundcake. Sedap dimakan untuk minum petang bersama lemon tea suam. Kalau anda takde acuan kecil, boleh guna acuan bulat 8 inci atau pun bakar dalam paper cup. Maaf lah, gambar satu je, sebab che mat terdelete gambar kek yang belum dipotong...huhu...gerammm..grrr!!!.. Kalau anda ingin mencuba, resipi seperti di bawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mentega
2 biji telur gred A
100 ml susu segar
140 gram gula kastor
220 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
1 camca teh esen vanilla
125 gram fresh blueberry (asingkan sikit untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (mat guna acuan pouncake jenis kecil, dapat 3 bekas). Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Kacau rata.
  3. Tuang esen vanilla dan masukkan blueberry tadi, gaul rata dengan spatula. Tuang dalam acuan yang telah disediakan. Hias atasnya dengan blueberry yang diasingkan tadi. Bakar 40 minit atau hingga masak. Keluarkan dari tin dan sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda bakar dalam paper cup, masa yang diambil dalam 20 - 25 minit bergantung pada oven masing. Anda boleh juga tabur sedikit gula aising atau dusting powder atas kek sebelum dihidangkan....Selamat mencuba!!..

13 comments:

Tina Othman said...

bestnya, nanti nak try lah

JunAina said...

Hadooooiiiiii...CM rasa nak berlari gi Sedenak...eheheee...

lemongrass said...

Bolehlah I try lepas ni sbb pokok blueberry kat belakang rumah dah berbuah kan, hehehe :-)

Puan Gojes said...

assalam ziarah ;)
saya tahu komen ni out of topik,
tapi saya harap sangat tuan/puan blog dapat bantu saya untuk menang iphone 5 kat sini.

http://puangojes.blogspot.com/2012/12/bantuan-di-perlukan-klik-g1-dan-undi.html

bantuan tuan/puan blog amat2 saya hargai. terima kasih ya :)

marr said...

Semua CMG punya resepi nampak sedap!

citarasa rinduan said...

timw nak dekat krismas mmg senang jumpalah buah blueberry kan..

cik mat. resepimu nampak mudah.. ayu nak trylah. paste blueberry masih byk. hehehhe

citarasa rinduan said...

time nak dekat krismas.. blueberry senang nak jumpa kan..
mmg murah ikut harga cik mat beli..

thanks syer resepi. nampak mudah.. ayu nak trylah. kbetulan blueberry paste ada kat frezze

eyeyou said...

gambar yg satu tu dah menggoda imanku...sabauuuuuuu

adda syuhada said...

kalau dpt 2-3 slices ok gk nih...

Sunah Sakura said...

wahhh...murahnye rega blueberry tu...blackberry yang tepon tu ada tak rega rm5.50 eks pcm? eh!!! hahahaha

shaiful zaidi said...

salam En. Mat..
nampak sedap kek yg En. Mat buat...Nak rasa skit boleh??..he3x

victoria agumo said...

saya suka..ni yang best dengan mat gebu kan..semua boleh buat..sedap and cantik kat mata..

Kenali diriku.. said...

saya slalu msuk blog ni..tp xpenah tinggalkan komen...tp bila dh try buat kek blueberry nih...rase mmg patut sy beri komen...

kek yg sgt sedap..lembut sgt..tq share resepi..