BEN ASHAARI

Wednesday, December 26, 2012

LAKSA KARI MAGGI ALA NYONYA...

rsz_laksa_kari_maggi_ala_nyonya
Kita hanya merancang Allah swt jua yang menentukan. Plan asal nak masak spaghetti wif butter scallop, tapi ku silap keluarkan bahan mentah dari freezer, bukan scallop tapi udang!!...Grrrr, terus kensel dan cari dalam magic box, ada pulak maggi kari....settt...maggi pun maggi lah, janji che mat boleh kasi dehaka. Seperti biasa, bila perancangan berubah. Bahan2 mentah juga serta merta kena guna yang lain, walaupun ia hanya untuk menderhakakan Mi Maggi. Ok, kalau sebut laksa, benda2 asas seperti bunga kantan dan daun kesom wajib ada. Sambal belacan pun kena ada gak kan....errrr, yang ni takde letak, sebab takde dan malas mo bikin. Ulam2 pun kenalah ada kalau nak nampak ia laksa yang authentic. Jangan risau kalau nampak bahan2 tu banyak sangat, sebab benda2 mudah nak dapat. Ok, kita lihat resipi, walaupun ia hanya mi segera yang telah diderhakakan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket maggi perisa kari, asingkan perencahnya
1 kuntum bunga kantan sai kecil, belah 2 (1/2 bahagian dihiris halus)
10 helai daun kesom
4 biji tomato ceri, cincang halus
1 camca teh cili kisar
2 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
1 keping fishcake, hiris
2 camca besar pati santan
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Hirisan halus timun
Hirisan halus bawang besar
Hirisan halus daun kesom
1 biji limau kasturi, belah 2
2 cawan air atau secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah tomato ceri yang dicincang, masak sekejap.
  2. Tambah perencah kari (yang disertakan sekali dalam pek mi maggi), kacau rata dan tuang air dan biar mendidih. Masukkan daun kesom, bunga kantan, udang dan kek ikan. Biar masak sekejap.
  3. Tambah mi maggi dan masak hingga mi lembut. Jika kurang kuah anda boleh tambah. Akhir sekali masukkan santan dan jus limau kasturi, kacau rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan timun, bawang besar, bunga kantan, daun kesom, taugeh dan perah jus limau kasturi jika anda suka lebih masam. Hidangkan panas....


8 comments:

fatin amalina husna said...

nyum..nyum..sedapnyaa..
untung dah mkn..xde la tergoda sgt..=P

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sekali Cik Mat punya derhaka ada yg mati terbunuh gamaknya.. mungkin yg mati tu ulat di daun kesum, hehehe

marr said...

Salam, baru sempat jengah blog CMG ari nie... jap agi nk gi masak maggi tomyam, lapooo

adda syuhada said...

kalau en hubby tgk ni mesti menggelupur ni suh bini dia masak cmni..

Buatbest said...

Duduk kat umah bujang mcm skng nie mmg rajin masak meggi..maklum la, org bujang..hehe..boleh juga try pelbagaikan resepi meggi nie..hmm,nampak mcm sedap je..

gadisBunga™ said...

megi pun rela diderhakakan kalau gini...kuikuikui!

norzila said...

che mat..zila dah wat jugak kuah asamlaksa ni..tapi xde mee laksanya..nmpknya kena celur mee kering je la..xde mud p kedai ni..oh ye cik mat tq ye respi capati..telah di cuba..lembut tu.....

Raudzah Zahari said...

Time-time lapar ni..apa saja nampak best..tapi memang best pun kan..dah tak gaya rupa maggi...syruppp

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.