PAVLOVA MANIS BAK 'MADU'...

rsz_pavlova
Oh..pavlova, manis namun sungguh seksi, mengerikan tapi menjadi igauan, ibarat madu, walaupun berkhasiat, di sebalik nama 'madu' itu sendiri ada racunnya. Macam pavlova ni, nama cukup indah, rupa pun....errr.....xceli kan rupa pavlova ni tidak lah secantik mana kalau tak letak cream dan buah2an tu, rupa macam topi kena lenyek jee, tapi bila dah di make-up bagai, terus nampak menawan. Rasa manis dah sesungguhnya tak sesuai untuk mereka yang punya kadar gula agak tinggi dalam darah (che mat pun takutt wooo, jadi kena hati2). Cuma untuk pavlova memang kena hias dengan buah2an masam sebab ia akan mengimbangkan rasa manis pavlova dan rasa lemak cream tadi. Macam mat buat tu, semua buah kasi lambak atas dia cuma stoberi je takde, huhu. Apa2 pun ia memang sesuai untuk majlis rasmi dan sebagainya. Kali ni mat buat dalam saiz 9 inci dan guna 6 putih telur...Jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 putih telur
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 camca besar tepung jagung
1 1/2 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla
Non-dairy whipping cream secukupnya (anggaran 1 1/3 cawan)
Buah2an segar pilihan anda (stroberi, raspberry, bluberry, kiwi, buah mangga, anggur hitam/merah)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lukis bulatan 9 inci pada kertas minyak, kemudian terbalikkan kertas tadi dan alas pada loyang pembakar (guna pada bahagian yang nampak 'bayang2' garisan bulat). Ketepikan.
  2. Putar putih telur pada kelajuan sederhana hingga berbuih, kemudian tukar pada kelajuan tinggi. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis dan putih telur mula kental menjadi meringue. 
  3. Masukkan cuka makan dan esen vanilla, gaul rata guna spatula, kacau pada satu arah sahaja. Ayak tepung jagung ke dalam adunan dan kacau guna kaedah kaup balik hingga rata. Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan bulat, biar ia meninggi sedikit
  4. Masukkan dalam oven, turunkan suhu pada 150C dan bakar selama 1 jam 25 minit atau hingga bila disentuh dia keras (mat guna api atas dan bawah, dan bakar pada rak no.2 dari bawah). Matikan api dan renggangkan sedikit pintu oven sehingga pavlova sejuk. Boleh alih ke dalam bekas yang sesuai.
  5. Putar non-dairy whipping cream hingga kembang. Ratakan krim tadi atas pavlova, tabur buah2an segar pilihan anda atasnya dan boleh hidangkan. Simpan dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan...

Post a Comment

12 Comments

  1. manis menawan hati tertawan darah boleh sawan, hahaha

    ReplyDelete
  2. Kurangkan manis dalam masakan, tambahkan manis dalam senyuman. Senyum itu pemudah rezeki.

    ReplyDelete
  3. Kurangkan manis dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman. Senyuman pembawa rezeki.

    ReplyDelete
  4. giler...giler...giler... sedapnya... boleh cuba ni... arrrgggghhhhh tak sabar nak balik rumah,... nyam nyammm

    www.papablogger.my

    ReplyDelete
  5. Hati2 bagi yg ada kencing manis. Ainaaya suka memaniskan mulut tp tak suka yg manis mulut...ahahaaa...

    ReplyDelete
  6. abg mat kalo tak nak manis sangat, gantikan whip cream dgn yogurt..sedap...tak laa terasa manis sangat..yogurt berperisa laa..

    ReplyDelete
  7. abg mat kalo tak nak manis sangat, gantikan whip cream dgn yogurt..sedap...tak laa terasa manis sangat..yogurt berperisa laa..

    ReplyDelete
  8. Gebu nyerr..agak2 ada mcm mat tak?..



    mat gurau yerr..

    ReplyDelete
  9. nk tnye..klu gne cream dah siap yg dlm tin..terus sembur jer atau kne pukul bagi kembang jugak sme mcm gne non dairy...??sbb sye ad buat gne cream yg dlm tin jer..pastu terus sembur ats meringue..tbe2 x smpai 2mint..cream tadi cair..mohon penjelasan

    ReplyDelete
  10. @ nisa zulkarnain - kalau anda guna whipping cream biasa atau whipping cream yang sedia guna macam yang dalam tin tu, anda kena makan pavlova anda secepat mungkin, lepas letak cream, tabur buah2an dan terus makan, kalau tak krim tadi memang cepat cair, terutama dengan cuaca negara kita. Berbeza dengan non-dairy whipping cream,anda putar hingga kental, ia akan tetap macam tu dan tak mencair. Pada cm, non-dairy whipping cream lebih sesuai dengan iklim kita. Pavlova boleh simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan...

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.