BEN ASHAARI

Sunday, December 23, 2012

HANYA ENTRI MI HOON GORENG...

rsz_mi_hoon_bodo2
Assalammualaikum, petang semua...Sibuk sikit hari ni dan mat masak yang cincai2 saja. Sebab takde yang bess, mat letak entri mi hoon goreng dobo2 je. Dah beberapa hari juga mat rasa macam nak makan mi hoon goreng, tapi malas sangat nak goreng. Dan hari ni memandangkan bahan2 yang mudah semua dah ada, termasuk baki sambal tumis yang mat bekukan dalam freezer. Jadi kerja ku bertambah2 mudah, cuma guna sambal tumis tadi sebagai salah satu bahan rencah. Tak payah nak kisar bahan2 lain. Bila goreng mi hoon, Bak lebih suka guna udang bersaiz kecil, lebih manis katanya. Kalau ada sotong, boleh juga letak, tapi nanti gatal pulak. Mi anda rendam hingga lembut atau kalau nak ekspress, anda boleh rebus sekejap mi hoon tadi, tapi pastikan letak mi hoon dalam periuk, tuang air sejuk dan panaskan atas api, jangan bila air dah mendidih, baru masukkan mi hoon, nanti dia jadi melemping dan melekat2. Jangan rebus lama sangat, bila anda rasa mi tadi agak lembut, ok boleh matikan api dan toskan. 

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon, rendam hingga lembut (kurang lebih 30 minit)
Taugeh secukupnya 
1 cekak kucai, kerat pendek
1/2 cawan isi udang
2 biji telur, dibuat telur hancur
1 camca besar sos cili
3 camca besar sambal tumis*(*resipi dibawah)
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji bawang merah, hiris halus
Sedikit air
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan

BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
2 cawan cili kisar
1 genggam ikan bilis, rendam dan toskan, tumbuk lumat
1 genggam udang kering, rendam dan toskan, tumbuk lumat
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
3 biji buah keras, hiris*(*kisar halus)
1 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan sos cili, kacau rata. Tambah udang dan masak hingga udang bertukar warna. Masuk telur hancur, kacau rata dan tuang sedikit air.
  2. Masukkan mi hoon, kacau rata dan masak hingga mi hoon lembut. Tambah kucai, gaul dan masukkan taugeh. Kacau hingga semua rata. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan hirisan cili merah sebelum dihidangkan.
  3. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah udang kering dan ikan bilis. Kacau rata, tambah pes asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sambal sejuk dan simpan dalam botol untuk kegunaan kemudian (untuk tahan lebih lama, simpan dalam peti sejuk)..

14 comments:

Cik Nor said...

oo ada effect ek cara rendam dan panaskan dgn cara tunggu air mndidih baru masukkan. tapi saya memang biasa buat cara 1st pun

Mat Gebu said...

@ cik nor - hmm selalunya macam tu lah, sebab dulu cm tatau dan buat, sekali melekat2 mi hoon tu, melempeng jeee...

citarasa rinduan said...

saya pun rendam jer..
dulu pi boh air panasss..
jadi lempeng ko mee hoon daku

Eyriqazz said...

yummy..lapar..belum dinner...ble poskan? hik3..

Delima Zamrud said...

Bihun nie mmg pebret D5 suker sgt kalau mkn ngan sambal kicap huhuhuh teriur sudah :D..

adda syuhada said...

lama dah x menggoreng mee hoon..tgk mee hoon CM teringin la plk..pg esok goreng mee hoon la den..

Lady Wanda said...

bila ada yg masak makanan yg sempoi2 bleh bagi 1 per 1 bahan-bahannya, mmg kagum!!!

Kakzakie said...

Mee honn pun bila yg goreng CMG kakak tetap teringin nak rasa.

P.A. said...

eemmm memang nampak simple tp mesti menyelerakan nie....:)

Dr. Fuh!! said...

huwarghhh..walaupun simple tapi gambar tu amat menyelerakan!!

Admin said...

sedap nya...

Aku Penghibur said...

simple tapi mesti sedap !!!!!!!! nyum nyum

marr said...

oooo.. dapat ilmu baru hari ni.. saya antara penggemar mee hoo.. anak n suami juga, antara resepi favorite meehonn singapore.. cmb bagi resepi che mat boleh nk try .. mee hoo singapore

Yatie said...

semalam anak akak kat UK tu tepon, dia tanya cara2 masak mee hoon ni lah...walau simple, tapi kalau tak kena gaya mmng tak jadi kan che mat...tq berkongsi resepi....akak selau ckp kat Talhah, kalau teringin nak masak apa2 tu..selain tngk blog mamaNya, tengoklah blog che mat dan kawan2 mama..he3...banyak membantu..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.