CORNFLAKES SIRA PEDAS..

rsz_cornflakes_sira_pedas
Salam semua, entri terakhir malam ni mat nak kongsi dengan anda satu resipi yang amat2 mudah dan ringkas. Rasanya mat pernah buat sekali dulu. Kebetulan ada lebihan cornflakes yang mat simpan, baki masa buat kuih raya lepas. Tak banyak, kurang lebih dalam 3 cawan, jadi tadi petang saja2lah buat resipi ni untuk habiskan stok. Selain cornflakes, mat tambah kepingan badam, ikan bilis yang digoreng garing dan bijan. Yang ni mat buat macam kurang cili kisar, takut pedas sebab Bak kan tak boleh makan pedas. Kalau lebih sikit cili kisar, lagi nampak menawan. Ikan bilis, mat guna jenis halus2 atau orang gelar ikan bilis nasi. Rendam dulu, kemudian perah dan goreng garing. Badam dan bijan anda sangai dulu atau boleh bakar sekejap dalam oven. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan cornflakes
1/2 cawan kepingan badam 
1 camca besar bijan
1 genggam ikan bilis jenis kecil, dibersihkan, rendam 10 minit dan toskan
2 senduk nasi penuh cili kisar
4 camca besar gula
2 camca besar cuka makan
3 ulas bawang putih, tumbuk halus
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kepingan badam dan bijan disangrai atau goreng tanpa minyak dalam kuali dengan api sederhana hingga wangi dan keemasan. Kacau selalu, angkat dan sejukkan. Ikan bilis ditos dan diperah. Goreng hingga garing, angkat dan toskan
  2. Panaskan sedikit mintak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan gula, cuka dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak hingga berbuih dan pekat.
  3. Masukkan cornflakes, badam, bijan dan ikan bilis, gaul rata dan masak hingga kering dan cornflakes bersalut dengan cili. Biarkan sejuk dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...

Post a Comment

13 Comments

  1. Klu ada MADUU...comfirm lps mkn piring teko semua terbang hahahaha

    ReplyDelete
  2. Che Mat ngantuk ek...ada 2-3 perkataan yg ejaannya salah. Mesti tulis entri ni cepat2 kan..

    ReplyDelete
  3. Suka ni sukaaaa banget.. dok depan tv, krap krup krap krup. Mat, lenkali buat, buat lebih sebalang eh, pass kat mama... Ma tak pandai kalau bab sira menyira ni... kalau bab sila makan, pandaaaaaiiiii ya amat!

    ReplyDelete
  4. jajan famous kat brunei ni cmg,memang sedap kat pasaraya pun ada jual tapi diaorang bubuh kacang lah bukan badam nak save heee

    ReplyDelete
  5. sedap aa...dah pernah buat tapi xde letaknya badam, letak badam ngan bijan la plak nnti...

    ReplyDelete
  6. Che mat, dah berbulan2 sekotak cornflakes duduk dlm pantry. Nak buat asyik tertangguh jer. Ntah jadi ke tidak, buatnya nanti. Hehehe

    ReplyDelete
  7. nanti sy suruh yg tersyg buat ptg ni..harap2 menjadi la...

    ReplyDelete
  8. sedapnya cik mattt. nanti Kc nak cuba lah cik mat.

    ReplyDelete
  9. yup mmg edap ... dah suruh mak masakan :)

    ReplyDelete
  10. Baru lepas membuat resipi cornflakkes ni untuk hidangan Hari Raya Haji on Monday the 12th of September 2016. Sungguh enak sekali. I ubah suwai sedikit, tak banyak..hehehe. Ikut citer rasa suami yang ada nut allergy dan dia tak suka ikan bilis. So I gantikan dgn kacang jagus dan tak taruh ikan bilis.

    TQ so much Ben Ashaari for sharing this resipi.

    SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL ADHA KEPADA SEMUA UMMAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ON THE 12TH OF SEPTEMBER 2016.. Wassalam mu'alaikum WBK..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.