Kek pisang pulak. Tak sengaja nak buat, tapi bersebabkan ada pisang lemak manis yang comel2 terlonggok dalam bakul, jadi mat buat. Call my dear MamaFami pagi tadi untuk kepastian resipi, terima kasih mama. Sebenarnya resipi mat ambik dari blog mama di sini, dan mama pulak ambik kat blog Mak Lang di sini. Pisang paling elok untuk dibuat kek sudah pasti pisang berangan kerana punya bau yang harum. Selain tu pisang embun, canvendish dan pisang montel juga boleh. Tapi mat, belasah guna semua jenis pisang, kalau tu saja yang ada. Cuma kalau anda guna pisang yang sesuai untuk kek, anda akan dapat rupa paras kek yang cantik dan ada seakan2 urat2 bewarna coklat bila anda potong kek anda.
Resipi tak perlu banyak bahan2. Buatnya juga mudah, tak perlu mixer mahal seperti Kitchen Aid, Kenwood dan sebagainya, guna Handwood saja, main hempuk, lenyek, kacau dan gaul...kemudian bakar, siap sudah, satu jee, jangan masa bakar tu takde elektrik, eh tapi boleh gak, kalau kena insiden macam tu, anda oter bancuhan kek dan buat cekodok, alaa kan kita buat dia. Betul, bukan cerita merepek, tapi kenyataan!. Kek pisang ini lembut dan mat kurangkan sukatan gulanya. Kemanisan bergantung pada jenis pisang. Kalau pisang anda guna manis, kurangkan gula. Mat guna gula perang. Ok kita semak resipi, cuti2 sekolah ni, anak2 dara sunti pun boleh buat, serius ni pakcik mat yang cakap..
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor (mat guna 150 gram gula perang)
Secubit garam (mat tambah)
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur (mat guna minyak jagung)
1 camca besar ovallate
Beberapa titik esen pisang (optional)
Chocolate rice sebagai hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
- Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi mat cuma tabur atas kek saja.
- Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..



8 comments:
salam mat.... kat sini ujan lebat giler giler.... kalau dpt sepotong kek ko tak cukop mat... meh aku angkut semua sekali! halal yeee...... hehehehe
Senarai bahan tu kebanyakannya dah ada kat rumah so boleh le nak membaking lagipun esok my anak dara akan balik...
Salam CMG, mintak sepotong :)
http://akuanakpahang.blogspot.com/
nyum nyum. sodap ni hujan hujan makan ngan kupi
Salam encik mat.. saya ni silent reader encik mat... maaf sgt2 andai pertanyaan saya mengganggu emosi encik mat. Saya cuma nak tahu... encik mat kerja apa yer... sbb saya mengikuti blog encik mat setiap hari... siang dan malam ... encik mat sentiasa memasak seperti seorang surirumah sepenuh masa (eh, betul ke apa yang aku cakap ni...) saya suka dengan 'presentation' setiap juadah encik mat... walaupun masakan yang mudah, namun dgn menggunakan pekakas pinggan mangkuk yang pelbagai, ia nampak sungguh lazat.... maaf sekali lagi yer encik mat....
okeh, tkasih cikmat, nak cuba resepi kek pisang yg ni pulak
cik mat
mintak izin nak cuba n tempek resipi ni kt blog
macam senang n sedap
mohon share resepi yer cik mat.. nak copy paste dan print untuk fail dalam koleksi resepi saya..
Lina Kinrara
Post a Comment