BEN ASHAARI

Sunday, November 4, 2012

GULAI SIPUT PUCUK UBI SIMPUL LAGI....

rsz_gulai_siput_sedut
Assalammualaikum semua, seperti mat jangka kan semalam, dari desas-desus orang atasan, menu hari ini dicadangkan masak siput sedut. Nak letak batang keladi malangnya takde pulak, kata Bak, masa dia beli siput, takde orang jual, kat kebun pun pokok keladi dah pupus. Jadi sebagai alternatif mat petik pucuk ubi dan kasi simpul. Pernah mat masak sekali dulu gulai siput pucuk ubi simpul. Ia satu seni memasak tradisi orang dulu kala. Selain pucuk ubi dicampur begitu saja, elok juga disimpul, nampak kemas dan tidak bersepah. Cuma satulah, anda tak boleh kacau masakan tadi ganas2, nanti simpulan pucuk ubi akan terbuka. Gunakan sudu atau sudip kecil untuk mengacau gulai anda dan kacau perlahan2. Resipi sama macam mat masak dulu2 juga. Dan cara untuk menyimpul pucuk ubi, anda boleh rujuk di sini... Ok kita semak resipi pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 cekak pucuk ubi muda
1 keping asam gelugor
3 batang serai, dititik
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili padi
1/2 inci belacan
1/2 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Sehari sebelum anda memasak siput tadi, buka bungkusan siput sedut, letak dalam periuk atau baldi, tabur dengan hampas kelapa. Kemudian tutup permukaan baldi dengan tapis dan tindih tapis tadi dengan benda berat samada lesung batu atau batu bata. Keesokkan harinya, cuci bersih siput tadi, kemudian kerat hujungnya, anggaran pada 3 ruas dari bahagian atas. Buat hingga siap, cuci bersih dan cedok keluar siput tadi (guna tangan saja) dan toskan. 
  2. Sementara itu, pucuk ubi dicuci dan toskan. Ambil 1 pucuk ubi dan gunakan 1 atau 2 helai daun ubi yang lembut tadi, gulungkan memanjang dan simpul seperti dalam gambar di atas, buat hingga siap dan ketepikan.
  3. Masukkan siput tadi ke dalam periuk bersama2 serai titik, asam gelugor dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Tambah pucuk ubi simpul dan biar masak dengan api sederhana hingga pucuk ubi lembut. Tuang pati santan dan kacau perlahan (jangan ganas, nanti pucuk ubi terlerai simpulannya).
  4. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin

5 comments:

Citarasa Rinduan said...

cara cmg basuh siput ala2 kat CR. lagipun bukan jer siput jadi bersih. siput dpat makan dan gemokkk..

sedap bila disedut.. kikiki

adda syuhada said...

mesti bising meja makan sbb semua dok sedut siput jer..kihkih...

My Ultra Vitamin said...

Best giler ni siput sedut msk lemak..huhuh..tp biasala mkn mknn bersantan sure kolestrol jahat naik, nasib ada Alfalfa dan Lecithin.

aeinio said...

salam mat... awas gigi palsu takleh makan benda ni haruuuu... :)

Rozuan Ismail said...

siput sedut memang sedap dimakan. tapi kalau tak reti sedut, sedihlah nanti