BEN ASHAARI

Tuesday, October 2, 2012

PERIA KAMBAS GORENG TAUCO..

rsz_dsc_0697
Entri terakhir untuk hari ini, mat share satu masakan yang mat masak siang tadi. Bukan apa sangat, cuma peria kambas goreng taucho, benda2 mudah. Ada masa macam nak makan benda yang simple, hmmm, macam telur mata kobau + kicap + cili padi + bawang, pun dah sedap kan...waaa, esok lah yang tu pulak. Untuk resipi ini, mat guna udang sebagai rencah, anda boleh ganti dengan kupang atau pun daging. Kalau tak makan taucho, takpe boleh abaikan. Satu lagi kalau anda suka pedas boleh tumbuk 5-6 biji cili padi sebagai tambahan. Macam rumah mat, Bak tak makan pedas jadi untuk dia kena masak lauk kanak2 puya, tak boleh letak lada, kalau letak pun sikitt. Kalau anda nak tambah telur pun sedap. Letak akhir dan bila telur mengeras sikit, gaul rata2 dengan peria tadi.  Cara mat memasak seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peria kambas, saiz sederhana
15 ekor udang saiz sederhana, kupas, cuci dan toskan
1 camca besar taucho
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peria kambas dibelah 2, buang isinya, kemudian belah 2 lagi. Hiris serong sederhana tebal. Cuci dan rendam dalam air bergaram. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan taucho, kacau rata. Tambah udang dan masak hingga udang berubah warna. Masukkan peria kambas tadi (toskan). Gaul rata dan tuang sedikit air.
  3. Masak hingga pekat dan peria lembut. Rasa dulu dan jika kurang masin, baru tambah garam secukup rasa. Masak sekejap, dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

9 comments:

Syaifuddin Alias said...

ini memang sedap ni ..serius

gadisBunga™ said...

meleleh peluh tengok ni che mat...!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam mG...xpernah mkn peria:D

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Tan Sri perghhh kecur tak sudah ni.. kuah tu pekat dengan peria peh! nak cikit... ;)

cikja said...

cmg.kalau kat kg sya,,kambas tu untuk peria yg besar,,
peria yg kecik a.k.a peria katak la..:)dah bertahun tk makan,,

Nor Dila said...

Assalam cmg,,sedap plak tengok peria tuh,,sudi2 la singgah blog saya ekk,,hee,,dah lama follow DTS ni,,he

adriea said...

peria kambas tu peria yang mana ek?? sy suka peria masak sambal.. ngan udang kecik2 tu.. weee sedapp

Miz Sitti said...

sedapnya..sitti suka sgt peria..pas ni bole la cuba..

pinkcess787 said...

Peria kambas tu peria yg biasa ke Che mat?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.