BEN ASHAARI

Tuesday, October 2, 2012

NEOPOLITAN CUPCAKE...

rsz_dsc_0727

Petang semua, assalammualaikum. Petang ni sebab mat boring, jadi nak share dengan anda satu resipi olahan yang begitu mudah dibuat. Sebenarnya mat guna resipi yang dah ada dalam DTS ni dan mat oter sikit. Ada juga mat nampak beberapa blogger masakan yang buat neopolitan cupcake ni, tapi reseipi mereka mungkin berbeza. Sebenarnya untuk benda2 macam ni, kita boleh guna resipi asas untuk kek mentega, dan kemudian diberi pewarna atau perisa dan gayakannya, insya Allah menjadi. Ada orang agak seram bila nak membakar kek, kurang yakin. Mat pun macam tu juga dulu, dan percubaan pertama mat masa zaman takde oven letrik, mat guna oven cap kupu2 yang tenggek atas dapur gas tu, menjadi juga, cuma hangus sikit, tapi boleh makan lagi, takde pulak sapa2 masuk hospital...kira tak memudaratkan. 

rsz_dsc_0770
Untuk resipi ini anda akan dapat 10 biji kek cawan bersaiz sederhana. Kalau buat comel2 dapat lagi banyak, kalau buat saiz mat gebu, dapat ciput jee, tah2 6 ketul. Buat dia amat2 mudah, cuma perlu 5 bahan2 utama dan 3 perisa (vanilla, strawberry paste dan chocolate emulco). Lembut dah gebu sudah semestinya. Oh yea, dalam resipi ni nanti mat guna tepung berserbuk penaik atau self-raising flour, tapi kalau anda takde tepung tu, boleh saja guna tepung gandum biasa dan tambah 3/4 camca teh baking powder, gaul rata dan ayak. Sebelum bakar, anda boleh lah tabur badam cincang atas dia, atau coklat cip juga sesuai. Kalau nak hias dengan buttercream pun boleh, ikut kreativiti anda.. Ok tu saja untuk entri ini, kita lihat resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
90 gram mentega
70 gram gula kastor
110 gram tepung berserbuk penaik (self raising flour), diayak
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
50 ml susu segar
3/4 camca teh strawberry paste
1/2 camca teh chocolate emulco
1/2 camca teh esen vanilla
Sedikit badam cincang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pasa suhu 175C, alas acuan dengan paper cup sesuai atau anda boleh guna paper cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga pucat, masukkan telur dan putar lagi hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  3. Satu diberi perasa esen vanilla, satu lagi strawberry paste dan satu lagi chocolate emulco, kacau rata,. Untuk memudahkan kerja, anda masukkan setiap bancuhan tadi dalam piping beg (atau guna plastik biasa yang bersih, plastik kecil). Kemaskan.
  4. Gunting bucu piping beg tadi kurang lebih 1 cm, dan paipkan setiap bancuhan ke dalam paper cup, sebelah menyebelah, adunan kosong, pink dan coklat. Buat hingga siap semuanya. Kemudian gunakan lidi sate yang bersih, buat pusingan untuk mendapat corak yang menarik. Buat hingga siap.
  5. Tabur badam cincang dan bakar selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....


13 comments:

Syaifuddin Alias said...

nampak elegance dan sangat mewah cupcake yang dibuat berdasarkan ciri-ciri ini ..mampu menambah sengat dan menarik pada cupcake ..sedappnya :D

aDisH.sHidA said...

cantik kombinasi nya...kalau wat time raya haji nie pun cun gak kan..(eh macam la rajin sangat)

mommynana said...

Owh..very sweet and cute! Simple...harus cuba... ;)

Yatie said...

rajinnya Che Mat wat cupcake..cun pulak tuuuuuu...mcm nak wat je, tentu Hamka bertambah ceria...sejak demam dia kurang selera makan...rasanya kena buat gaklah Mat...btw tq kongsi resepinya...

Eny Yusnizar said...

aaa sedapnye.. nak tanya cik mat, saya takda muffin tray.. so if saya pakai letak dalam muffin cup yg keras tu je muffin tu akan masak tak?

Mat Gebu said...

@ eny yusnizar - Yep, memang masak, susun dalam loyang biasa...Kalau guna papercup baru letak dalam muffin tray..

Sari Yusa Ibrahim said...

teringat masa zaman suka buat cupcakes dulu, kek ni yang Kak Sari suka ulang-ulang buat. Betul kata Cik Mat, guna resepi kek biasa jer lepas tu tmabah warna & perisa, sedap pulak tu.. ish, nak buatlah nanti..

Marsita yahya said...

Salam Che Mat,
simple tapi sedap nampaknya.
www.my-mintroom.blogspot.com

Fuat Gencal said...

Çok leziz ve iştah kabartan bir görüntüsü var. Ellerinize, emeğinize sağlık.

Saygılar..

Mas said...

lawanya.......

wan G Silk said...

cantikk...

pinkcess787 said...

Nmpak mewah sgt,

~Yatt Sambri~ said...

Mat, nak tanyalah, saya kan bli choc emulco tu, dah tu bubuh ler dlm peti ais, dah tu bubuhlah kt luar kan, skali, bile nak gune, xnak pulak die kuar dari botol tuh, hish, ada ker cara lain selain letak air dlm botol tu mat? sorry ek mat, saya ni budak baru jugak nak blajo, hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.