BEN ASHAARI

Tuesday, October 9, 2012

KUIH LAPIS SEMBILAN TINGKAT..

rsz_dsc_1347

Salam semua, lemau je ni hari, masak pun cikai2, rasa macam...macam...macam...haish, nak cerita pun malas. Tadi mat masak daging goreng daun selasih, lepas tu post kat wall FB, tiba2 macam nak makan kuih lapis pulak. Mengada2kan tekak ni. Walaupun makan 1 keping, tapi dah cukup sangat. Bukan nak melantak banyak, cuma nak rasa sikit. Kuih lapis ni ada macam2 versi, yang ni guna tepung sagu ubi dan tepung beras. Warna pulak ikut lah suka anda nak guna warna apa. Kalau kebiasaan kaler putih dan merah, tapi kalau orang peranakan baba nyonya, mereka akan buat warna yang agak terang dan kuih lapis biasanya dalam lapisan yang ganjil, samada 5, 7 atau 9..Tapi kebiasaannya 9 lapis...

rsz_dsc_1357

Untuk kali ini mat guna warna violet @ pepel, biru, putih (warna asal) dan untuk kepala kuih mat letak warna merah. Nampak tak berapa kemas pulak, sebab kuih ni belum berapa sejuk mat dah potong dan tangkap gambar. Maklumlah cuaca hujan dan mendung pulak, kalau gelap kang dah tak berapa nak cun...errrr cun eks gambar tu?..Boleh lah kan.. Nanti ada orang sok sek sok sek kata..alaa cm guna camera tooot boleh lah. Hmm, dulu masa mat guna yang biasa2 tu pun, merata gak gambar kat DTS kena curi, takpelah itu kesah dulu, mungkin mereka kurang pendedahan dalam dunia blog, walaupun mereka ada pendidikan....hehe, sori yea bukan nak perli sesapa.

BAHAN-BAHANNYA :-)
270 gram gula pasir (resipi asal 300 gram)
500 ml air
500 ml santan pekat
1/2 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul
175 gram tepung beras (mat guna cap teratai)
175 gram tepung sagu ubi
Pewarna pilihan anda

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masak gula pasir dengan 500 ml air dan daun pandan hingga gula larut, keluarkan daun pandan, sejukkan. Masukkan garam dan santan dalam air gula tadi, kacau rata dan biar sejuk.
  2. Satukan tepung beras dan tepung sagu ubi, kacau rata dan tuang bancuhan santan. Kacau rata 2 dengan whisk, kemudian tapis. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dibiarkan warna asal (putih), satu lagi diberi warna biru dan adunan satu lagi anda asingkan 145 ml, dan bakinya diletak warna violet. Kacau rata. Yang 145 ml tadi, bubuh pewarna merah, kacau rata dan ketepikan.
  3. Panaskankan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan tin dalam kukus sekejap. Adunan warna putih dan biru, dibagi lagi pada 3 bahagian (kurang lebih 145ml). Adunan violet dibagi 2 (kurang lebih 145ml juga).
  4. Tuang 1 bahagian putih dalam tin tadi, tutup permukaan tin dengan aliminium foil dan kukus 3 - 4 minit hingga masak, kemudian tuang 1 bahagian warna biru, sambung kukus lagi hingga masak (3 - 4 minit atau hingga masak), dan diikuti 1 bahagian violet, sambung kukus. Buat keadah sama dengan baki adunan. Putih - Biru - Violet. Dan untuk lapisan terakhir, tuang bancuhan merah. Kukus hingga masak. Yang akhir kena kukus lama sedikit hingga anda nampak permukaan kuih pucat. Kukus dengan api sederhana dan pastikan permukaan tin ditutup dengan aluminium foil setiap kali mengukus lapisan yang baru. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong.

11 comments:

Eny Yusnizar said...

fuihyooooooooo!

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Cik Mat, kak sari dah kira 7x tapi tetap juga ada lapan lapis... ??? hehe..

suka kalau dapat makan selapis2..

errr.. bila nak buat pulut serikaya berbawang???

Mat Gebu said...

@ sari - Kak, lapisan mula2 kaler putih, mungkin nipis, tu yang tak berapa dpt dikesan agaknya kan..huhu

Tina Othman said...

cantiknya cik mat

tertarik sebab baca siap ada lift tu =)

Nurhasliza Nordin said...

Mujur 9 tingkat je. Kalau 88 tingkat, dah sama tinggi dengan KLCC dah. Ahahah! Adeh, tengah hujan ni ha. Kalaulah dapat mintak sepotong dua kuih tu. Kalaulah. Ehehe!

gadisBunga™ said...

haritu saya ada beli kuih lapih 14 tingkat (propa je tu. jgn caye heheh). makan makan, rasa mcm lebih tepung ubi lah. hampir terperdaya, ingat dia buat pakai tepung pulut. hehehe.

Uda said...

kemas je che mat buat.....ngalahkan saya yg pompuan....huhuhu

fazian.batrisyia said...

Sib baik kuih yg 9 tingkat...kalau kena panjat tangga uishhh...jenuh. Kalau nak jadi Aizat "Pecah Rahsia"...gigih betul dia tu ye...Sy pun tak terbuat...bila dah nengok makanan cantik2, sedap2...tak tahan godaan tul....

Apa pun cantik kuih lapis 9 tingkat Cik Mat buat...

Cik Honney said...

fuhyooo 9 lapis tu....

jom terjah sini plak...
http://wadahberbicara.blogspot.com/

Deena Yahya said...

Amboi..menariknya kuih..rajin buat smpi 9 tingkat..jomla singgah blog saya juga.untuk ramaikan kenalan baru www.madeenayahya80@gmail.com

Zaalika Aziz said...

Salam... cik mat

Yummy! Sedapla.. cik mat buat Ari nie sy pun.nk buat kuih lapis...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.