BEN ASHAARI

Tuesday, October 23, 2012

KETUPAT GORENG PEDAS BERSAYUR

rsz_dsc_2388

Ingat tak entri semalam 'sup ayam kampung' tu?. Kan mat guna ketupat sebagai bahan sampingan untuk dimakan bersama sup. Masih berbaki, dan mat ambik 6 biji ketupat segera NONA tu dan mat goreng dengan sayur2 yang ada dalam peti sejuk. Jadilah seperti anda nampak diatasnya. Pada mat ia satu hidangan ringkas dan berkhasiat. Mudah disediakan dan tidak memerlukan bahan2 yang banyak. Mat guna daging ayam yang didadu, kalau anda nak guna daging, udang atau sotong, semua boleh, ikut citarasa anda. Tang sayur tu yang tak suka tak perlu lah letak. Satu lagi bagi yang tak suka pedas, tak perlu lah letak cili banyak sangat, mat siap tambah cili padi lagi, saja nak kasi pedas, panas dan berasap. Lagi pun mood geram kalau kena dengan pedas, lagi bess....cepat terbako!..Ok resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 biji ketupat NONA saiz kecil, potong 4 setiap satu
1 pokok sawi bok choy, siang berasingan daun dan batang
1 genggam taugeh, cuci dan toskan
1/2 cekak kucai, kerat pendek
1 keping dada ayan, didadu besar*
1 camca teh serbuk lada hitam*(*satukan dan perap)
1 kiub pati ayam, dihancurkan
1 biji telur, dipukul sedikit
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos cili
1/2 camca besar sos tiram
Kicap cair secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, cili padi cincang dan sos cili, tumis hingga cili garing. Tambah daging ayam tadi dan gaul rata, masak hingga daging ayam berubah warna. Masukkan sos tiram dan kiub pati ayam. Gaul rata.
  2. Masuk batang sawi dan masak hingga lembut. Guna api kecil. Tambah ketupat dan gaul rata. Tolak ketepi kuali, tambah telur dan masak sekejap. Bila telur sedikit mengeras, gaul dengan ketupat tadi.
  3. Masuk daun sawi, taugeh dan kucai, gaul rata. Tambah kicap cair secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

7 comments:

JIJI YU said...

garangnye..i likeeee

Shahriah Abdullah Novelis said...

Dapat secocok dengan gerpu ni sedap sungguhh.. Tan Sri CMG ada lagi tak?? kecur dah ni wehhh aiii

MAK TEH said...

sedap ni che mat..kenapa geram2 ni

ita citot said...

Dipanggil juga lontong goreng. Heheheee... Sedap nye tgkkk....! Huhuu..

mojaro said...

as salam. nak tanya en. mat bawang jenis apa untuk menyedapkan rendang ayam? bawang besar ke? (merah atau kuning) atau bawang kecil? terima kasih.

lady scooter said...

Dulu bile gi bus stand Batu Pahat... lontong goreng ni la sy selalu makan. sedap!

victoria agumo said...

salam..tak pernah lagi rasa lontong goreng..nampak menarik sangat..mesti cuba resepi ni..