BEN ASHAARI

Saturday, October 20, 2012

KARI IKAN TENGGIRI..

rsz_kari_ikan
Salam Sabtu semua, assalammualaikum...dah siap masak?...Oooo makan luar yea..ok lah macam tu, hari Sabtu macam ni elok juga kan makan luar. Macam mat makan dalam je..haha, tak kesah lah luar atau dalam janji anda dan keluarga anda bahagia. Hari ni mat masak kari ikan tenggiri, teragak pulak nak mengari ikan. Jangn risau mat guna santan sikit saja, 1/3 cawan. Kira kari sederhana lah tak cair sangat dan tak pekat sangat. Kuantiti santan tu terpulang pada anda nak letak banyak mana. Tapi untuk kari ni mat ada letak buah keras sebagai penambah rasa lemak dan pemekat kuah. Kari satu masakan yang begitu popular, sebabnya kari boleh dimakan hingga titisan terakhir, maksud mat kuah dia tu boleh dicicah macam2 benda, lempeng, roti canai, roti benggali, capati, tosei dan apa sajalah yang anda fikir sesuai. Satu lagi, kalau dibiarkan semalaman, rasa nya lagi mampan dan sedap. Pasal ikan tu anda boleh guna ikan merah, ikan kembong waima ikan sembilang juga sedap dimasak kari... Ok jomm kita mengari hari ni (*___^)

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 kepingan ikan tenggiri
2 biji terung biru (mat guna terung oganik), buang sedikit kulit dan kerat, rendam
1 biji tomato, belah 6 (mat guna saiz besar)
2 1/2 camca besar rempah kari ikan Baba's
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1 camca besar penuh cili kisar (nak pedas boleh tambah)
1/3 cawan pati santan
1 camca teh halba campur
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 tangkai daun kari, dilurut
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari dan serbuk jintan manis hingga menjadi pes, ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  2. Tambah rempah kari + serbuk jintan manis + bahan kisar tadi, masak hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan). Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan asam gelugor dan ikan. Kacau perlahan dan masukkan terung (toskan). Kacau perlahan dan tuang pati santan, masak hingga terung lembut. Masuk tomato dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kalau anda nak guna serbuk perasa juga boleh. Masak sekejap hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..


7 comments:

Eny Yusnizar said...

mak saya yg terer buat kari (kat kedah panggil gulai) versi dia pun dh sedap.. tapi hr tu dia pakai resipi cik mat sebb nak ubah angin katanya, perghh pon sedap gak. yg jadi mangsa saya ni lah 3 pinggan sekali hadap heheh

adda syuhada said...

sedapnya...kalau dekat dh bawak pinggan kosong ke umh CikMat..

ibundo said...

sama kita buat kari ikan harini mat.

Rieya Ramlee Tor said...

terliur tengok uhhh...sedapnye...

Chinta Safia said...

sedapnyer...meleleh air liur ni

Nur Ezqy said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:

http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

yat yara said...

salam cmg..
saya silent reader yg selalu lalu lalang kat blog cmg..hehe
rini try resepi cmg..memang terbaek..
sblm ni kalo buat kari mesti fail..
apa2 pun..thank you ye cmg..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.