BEN ASHAARI

Wednesday, October 10, 2012

APAM PISANG BAKAR....

rsz_dsc_1481
Petang semua, jomm apam bakar..kali ni guna pisang pulak, kalau selalu buat apam bakar Tok Chik macam yang ini, tapi kita kasi tukar sikit. Resipi mudah saja, janji ada pisang, yeast dan tepung serta beberapa bahan lain. Kalau anda suka, boleh bakar dalam acuan kuih baulu. Sebab mat tak berapa nak rajin, ku bakar dalam kuali non-stick saiz 4 inci tu je, bakar guna api kecil. Sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul sedikit garam. Tapi kalau nak makan macam itu saja pun sedap. Kalau nak kukus pun rasa mat boleh, tapi anda buat kental sedikit. Maksudnya sini, kena kurangkan sedikit cecair atau ditambah sedikit tepung. Kalau nak tambah coklat chip juga boleh. Jomm kita minum petang dulu....resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram pisang emas
1 1/2 cawan tepung gandum*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan ayak)
Beberapa titik esen pisang
2 camca besar gula halus
1/2 cawan santan
1/4 cawan air
1 camca teh yeast (mauripan)*
1/2 camca teh gula halus*
1/4 cawan air suam*(*disatukan, kacau rata dan biar hingga berbuih)
Secubit garam
Kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lecek pisang bersama gula halus dan secubit garam hingga hancur. Ketepikan. Dalam mangkuk bersih, masukkan air, santan dan tepung yang telah diayak tadi. Gaul rata dan masukkan pisang lecek. Gaul hingga sebati.
  2. Tuang bancuhan yeast yang telah berbuih tadi, gaul rata dan tambah esen pisang. Kacau lagi. Tutup mangkuk dengan plastik cling atau bungkus mangkuk tadi dengan plastik bersih. Perap selama 45 minit atau hingga kembang.
  3. Panaskan acuan atas dapur gas, atau mat gun non-stick pan bersaiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Tuang 1 senduk bancuhan apam. Tutup permukaan kuali dengan tudung periuk. Biar hingga permukaan apam berlubang2 dan kering, terbalikkan perlahan2 dan masak hingga perang. Angkat..
  4. Buat kaedah sama untuk baik adunan, lenser sedikit minyak pada acuan atau kuali setiap kali anda membakar adunan baru. Hidangkan bersama kelapa parut. Selamat mencuba!!..


3 comments:

m.u.l.a.n said...

terbau2 je apam ni... jauhnya la nak mintak sekeping..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Che mat.Lamanya tak makan apam ni.kak Ros teringat masa kecil-kecil dulu kat kampung,kalau ada org meninggal tuan rumah pasti buat apam ni untuk jamuan tahlil...Masa tu kita tahu apam sedap je,tapi tak tahu kesedihan tuan rumah.

Farah Zahid said...

alamak.. nampak sedapppp.. nyummm..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.