BEN ASHAARI

Thursday, August 9, 2012

SWEET SOUR CAMPUR-CAMPUR...

rsz_dsc_6990
Sampai tatau nak bagi nama apa tah, yang ni mat main lambakkan apa yang ada. Mat guba 2 tiub tauhu telur, hirisan daging ayam, lobak merak, capsicum hijau dan merah serta sebatang leek. Tu je yang ada dalam peti sejuk, lagi pun ia baki dari mat masak tu hari. Nampak masih elok, dari membazir, baik mat lambakkan dalam kuali. Untuk sos dia mat guna sos cili thai campur sos plum dan sedikit sos tomato. Kadang2 dah kering idea, tatau nak masak apa. Siang tadi mat gentel biskut almond london, tapi malas nak masukkan dalam blog, resipi dan rupa biskut pun yang sama macam dulu2. Tak buat entri pun anda dah bolah bayangkan macam mana, yea tak...Ok lah, resipi mudah seperti berikut. Kira ok lah untuk bersahur pun sesuai juga....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 tiub tauhu telur
1/2 cawan hirisan daging ayam*
Sedikit serbuk lada hitam*
Sedikit garam*(*gaul rata dan perap sekejap)
1/4 bahagian trafficlight capsicum, didadu
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1/2 batang lobak merah, hiris
1 camca besar plum sos
2 camca besar sos cili thai
1/2 camca besar sos tomato
1 biji bawang besar dibelah 8 dan leraikan
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tauhu telur dipotong 6 setiap satu, kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan sos cili thai, sos tomato dan sos plum, kacau rata dan tambah daging ayam. Kacau rata dan tuang sedikit air.
  2. Kemudian masukkan leek (toskan) dan lobak merah, masak hingga lobak lembut. Tambah traffic light capsicum, kacau rata. Perasakan dengan garam secukupnya, kacau rata dan masak sekejap. Boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat untuk bersahur atau berbuka..


7 comments:

Amirah md esa said...

wahhh...da lama xmakan tauhu jepun ni.....esok nak buat gak la...nyum2~!

Muhamad anuar Marsib said...

Menariklah resepi Mat Gebu kali ni.. Walaupun main campur2 menu pun nampak sedap..

Saya cadangkan Mat Gebu masuk Master Chef musim terbaru nanti.. ;)

Join SEO : Eyriqazz Vs Denaihati

Aura Maya Skin Care said...
This comment has been removed by the author.
Aura Maya Skin Care said...

mat gebu masuk master chef confirm menang :)

Nitesky said...

Elok lah mat gebu masuk M.A nanti rezeki bertambah gebuz

elly norman said...

cik mat .. elly baru tengok sembang sembang cik mat ngan Ben Ashaari ... rakaman kat umah cik mat..

mia said...

Salam cik mat, terima kasih atas resepi-resepi yang disiarkan.. Saya berjaya buat asam pedas dan sambal tumis udang yg sedap dgn merujuk kepada resepi di sini ;) suka sangat bila dpt hidangkan suami dgn makanan yg enak..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.