BEN ASHAARI

Tuesday, August 14, 2012

BISKUT BANTAL "QHALIFF"....DARI PAKCIK MAT.

rsz_dsc_7176
Salam 25 Ramadhan, makin hampir dah kan. Bahang hari raya mula terasa, ada yang sibuk kemas rumah dan sebagainya. Aroma biskut raya mula berlegar di udara. Untuk entri biskut 2012 ni, mat kongsi dengan anda semua satu resipi biskut mudah yang telah mat olah dan diberi sedikit sentuhan agar nampak menarik. Kenapa nama biskut ni 'Biskut Bantal Qhaliff"?..Sebenarnya, mat dan Kak Ummi Kuantan pernah plan dulu, dan idea dari kak ummi, dia kata, nanti mat buat biskut letak nama Qhaliff, hmmm kenapa tidak, lagi pun budak comel tu...alahh haaii sapa2 tengok mesti geram, macam nak gomos2 ibarat kata Sue Joshua ...penggsann >___< , Sebagai tanda kenangan dari pakcik mat, maka nama biskut ni, pakcik mat abadikan nama Qhaliff....Moga Qhaliff Iman menbesar dan jadi anak yang soleh, berbakti pada agama, pada ibu dan ayah, yea nak....Ok lah mat kongsi resipi mudah ini yea... Selamat mencuba pada yang teringin nak cuba buat.....ada berann?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega
60 gram gula aising, diayak
2 camca besar penuh tepung kastard*
2 cawan + 3 camca besar tepung gandum*(*disatukan dan diayak)
Secubit garam
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau makanan
Coklat masakan + sedikit lemak sayur = dicairkan
Hiasan bentuk hati secuukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega, gula aising, pandan paste, pewarna hijau makanan dan garam hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Matikan mixer dan rehat kan doh 30 minit dalam peti sejuk.
  2. Bagi doh kepada 4 bahagian. Ambil 1 bahagian, canai antara 2 lapisan plastik setebal 0.6cm kurang lebih. Terap dengan acuan kegemaran anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  3. Guna lidi sate yang bersih, cucuk permukaan biskut, buat lubang2 seperti gambar di atas. Kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap.
  4. Kemudian celop dalam cokat cair, pastikan anda celop 1/2 bahagian sahaja, hias dengan hiasan bentuk hati pada bahagian bercoklat. Letak atas jaringan dan biar colat mengeras. Buat hingga siap dan simpan dalam bekas kedap udara. Pastikan anda lapis dengan kertas minyak untuk setiap susunan biskut....
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak nak guna paste pandan, anda boleh ganti dengan esen vanilla dan pewarna makanan hijau juga tidak perlu diletak. Selamat mencuba!!..


9 comments:

Rozuan Ismail said...

wah!! bertuah Qhaliff siap ada biskut nama sendiri lagi

Yuyu Zulaikha said...

fengsannnnn :P

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

comelnyer biskut... secomel si Qhaliff tu juga....

Rahmah Ram Ram said...

comelnya..sayang nak makan ni...

elly norman said...

ekekek.. kiut biskut qhaliff...

Ummi said...

Hahahhahaha...Mat, apasaaaii letak leb merah tu...lenkali letak bantal bucuk Qhaliff ler...hehee, xpun gentel doh botol susu ke, puting ke...hahahahhaha

Nafisya Ismail said...

unik campuran color biskut ni.. pasti sedap:)

azila said...

Tqqq pakciik mattt:)

QasehnyaRania said...

bangganya qaliff pakcik mat abadikan nama qaliff dalm senarai biskut2 pakcikmat..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.