BEN ASHAARI

Thursday, August 2, 2012

ASAM TUMIS TEMPOYAK DENGAN PETAI...

rsz_dsc_6458
Salam, ok puasa hari ni?. Moga kita semua diberi ketabahan dan juga sifat2 kesabaran dari sebarang perasaan amarah..huhu. Semalam untuk berbuka mat masak asam tumis tempoyak, kali ni mat gandingkan timun dengan petai. Dan guna ikan tenggiri. Ini masakan paling mudah dan ringkas, tapi resipi ini bukan untuk mereka yang tak makan tempoyak. Mat guna cili padi, tapi siapa yang tak tak tahan pedas, boleh lah guna cili merah, atau pun kurangkan kuantiti cili padi. Mat guna dalam 3 papan petai dan sebiji timun saiz sederhana. Ikan terpulang pada anda nak guna apa jenis sekali pun, tapi untuk resipi ini mat guna ikan tenggiri, 2 keping bahagian hirisan daging dan kepalanya mat belah dua (kejam kan bunyi "belah dua" tu). Serai dan daun kunyit jangan lupa, benda wajib tu. Resipi seperti dibawah ini.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 keping hirisan ikan tenggiri
3 papan petai, ambik isinya
1 biji timun
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 camca besar penuh tempoyak
Garam dan sedikit gula
1/2 kiub ikan bilis (optional)
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
25 biji cili padi merah jenis kampung (boleh kurangkan)
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci bersih dan toskan. Terung dibuang kulit, kerat dua dan dibelah empat setiap belahan. Buang sedikit bahagian empulurnya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis sekejap, masukkan tempoyak, kacau rata dan masak hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan). Kacau rata dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan petai, kiub ikan bilis (jika guna) dan ikan. Biar masak sekejap dan tambah timun. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  4. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Masak hingga timun lembut dan ikan tadi masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api..


7 comments:

Zulfadly said...

sedapnya, kalau lah sini ada tempoyak instant,

* FAR * said...

mabeles nya!

buatbest said...

wah...membangkitkan selera makan dlm bulan2 puasa nie..hoho..love it..!!

Ummiakid @ lily said...

sedapnye...x tahan tgk...kecur²

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum TSCMG.. aduhaii ter confused sekejap ni.. 30 Kg Sedenak atau 3D??? huhuuu esok nak post dah ni.. dok confused tang alamat atas tu plz reply.. as soon as posible tq so much..:)

motoraku said...

terung ke timun dalam resepi ini.

wisata outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.