BEN ASHAARI

Monday, July 30, 2012

ROLL JEJARI KETAM KEEMASAN...

rsz_dsc_6247 (1)
Satu resipi dan idea amat2 mudah. Kira sesuai untuk anak2 dan kalau dah kesuntukkan masa, masih boleh buat, janji anda ada roti sandwich, jejari ketam dan serbuk roti (yang ni boleh beli dikedai2 baking, lepas tu nak tahan lama simpan dalam peti sejuk). Anda boleh hidangkan bersama apa juga sos kegemaran anda, mayonnaise, thousand island, sos cili, sos tomaco, peri2 sos yang Nando's pun sedap!Satu lagi, untuk salut roti dengan serbuk roti, mat hanya guna "PUTIH" telur sahaja..kenapa?..Sebab kalau guna sebiji telur dengan kuningnya sekali, minyak yang kita guna untuk menggoreng, akan berbuih. Kuning telur mat guna sebagai gam untuk melekatkan roti masa proses menggulung tu saja. Satu lagi canai sedikit roti tadi, tapi jangan terlampau nipis, kalau anda tak canai, roti akan pecah masa kita menggulung. Satu lagi reja2 roti tu anda jangan buang, simpan dalam peti sejuk, nanti boleh tukar jadikan bingka roti pulak....Jomm lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 batang jejari ketam
10 keping roti sandwich (sebarang jenama, mat guna Gardenia)
Serbuk roti warna kuning secukupnya
2 putih telur
1 kuning telur
Sos kegemaran anda

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Roti dicanai sedikit, kemudian potong ikut saiz panjang jejari ketam. Buat hingga siap. Simpan reja2 roti untuk kegunaan kemudian. Ambil sekeping roti yang telah dicanai, letak sebatang jejari ketam, sebelum tu sapu hujung roti dengan kuning telur yang bertindak sebagai gam. Gulung kemas2 dan ketepikan. Buat kaedah sama untuk baki roti dan jejari ketam.
  2. Pukul sedikit putih telur tadi. Ambil satu roll jejari ketam, celop dalam putih telur dan golek2kan dalam serbuk roti hingga rata. Buat hingga siap.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam, pastikan minyak tidak terlalu panas. Goreng roti tadi hingga keemasan, balik2kan supaya serat masaknya. Angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos kegemaran anda..

6 comments:

Citarasa Rinduan said...

Oh... Patutlah. Sblum nie ayh hairan awat berminyak. Rupanya sbb telur.
Thanks cmg

bukan umai jer suka... Ayu pun. Heheee

adda syuhada said...

jejari ketam lak...selalunya adda wat ngn sosej jer...cmni pun leh cuba la nanti..

Indonesia Eats said...

Perfect for iftar!

Sis Lin said...

As salam Mat..

Ni semalam anak aku Yana nampak, dia srh buat mcm ko buat ni..adeiiiii jadi kanak2 le aku nnti..muahahaha

Nurul Syafiqa said...

Mudah je ye thk share resepi

Eyriqazz said...

woww,look yummylicious... uwaa..bila la nak merasa masakan mat gebu ni..lebih teruja bila aritu berbuka puasa sekali ngan kak ida 1001 resepi pun puji masakan mat gebu yang memang marvellous..

tunggu,nanti nak bercuti ke johor nak singgah rumah mat gebu..hik3...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.