ROJAK KE NI?...JANJI SEDAP UDAH LEER..

rsz_dsc_6215
Petang semua. kalau buka puasa asyik makan benda yang heavy2 pun rasa tak selesa gak kan. Apa kata kita berbuka dengan rojak pulak...soal nya yang dalam gambar atas tu rojak ke?..Hmm, lantak leer, janji sedap udah. Mat, kalau nak buat, aku tak kesah, bahan tak cukup pun ok jee...janji masih ada rasa ke rojak kannya, macam mat gebu tu lah dia kan rojak punya olang..sudah banyak campur punya. Sebenarnya mat nak habiskan bahan2 yang ada, kebetulan ada betik mengkal, aduhh memang ai likee sangat betik mengkal tu, sedap dimakan begitu sahaja, rangup. Kalau dimasak bening pun sedap, tak pun masak kari dengan kerang, macam mat pernah buat dulu, tu pun resipi dari blog Kak Ida. Kuah dia tu kurang pedas sebab Bak kan tak makan pedas, jadi mat cuma guna 3 biji cili merah hidup. Jadi tu pasal mat tambah hirisan cili padi atas dia....pengsann okehh...menyenggauu!!!...Resipi mudah seperti dibawah ini.. Pada semua selamat berbuka puasa nanti ok, santap selow2 nanti tercekik..

BAHAN KUAH KACANG :-)
1 cawan kacang tanah, cuci dan toskan
1 camca besar penuh petis (pes otak udang)
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan, dibakar*
3 biji cili merah*(*dikisar halus, guna air masak dalam 1/2 cawan)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Hirisan nenas
Hirisan timun
Hirisan sengkuang
Hirisan betik mengkal
Hirisan tauhu goreng
Daun salad
Hirisan cili padi (optional)
Sedikit kacang tumbuk untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH KACANG :- Kacang digoreng tanpa minyak (sangrai) dalam kuali dengan api kecil hingga keperangan, biar sejuk, kemudian ramas untuk membuat kulit nipisnya, asingkan. Kemudian tumbuk hingga hancur jangan halus sangat atau boleh guna food processor. Ketepikan.
  2. Masukkan kacang tadi dalam mangkuk, tuang bahan kisar, tambah petis (otak udang) dan jus asam jawa secukupnya. Kacau rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kalau bancuhan agak pekat, boleh tambah sedikit lagi air. Ketepikan.
  3. UNTUK ROJAK KE NI? :- Susun hirisan bahan untuk rojak dalam bekas sesuai. Tuang kuah kacang atasnya, tabur hirisan cili padi dan sedikit kacang tumbuk untuk hiasan. Hidangkan untuk berbuka puasa.....Nak cerita pun malasssss >______<

Post a Comment

6 Comments

  1. Cik Mat,

    Nih yang buat i terliuq nih teringat rojak kat padang broom (brown) kat penang sana...pasemboq depa panggil.

    ReplyDelete
  2. faa pon suke betik yg separuh masak camtu..

    ReplyDelete
  3. faa pon suke betik yg separuh masak camtu..

    ReplyDelete
  4. faa pon suke betik yg separuh masak camtu..

    ReplyDelete
  5. sedapppppp tu....leleh tengok.

    ReplyDelete
  6. Mat..kuah rojak ko, ko pernah letak cuka? kawan aku kata letak cuka sedap..ermmm mcm pelik je kan, ada ke owang buat rojak letak cuka?

    Ngencesss weiiii

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.