SIRAP BANDUNG SODA...MENGGETAR JIWA!.

rsz_dsc_6269

Assalammualaikum salam 10 Ramadhan, panas kan cuaca sejak2 ni. Rasa letih je, tu yang kerja dalam bangunan, bayangkan mereka yang kerja di ladang atau tapak2 pembinaan....lagi besar dugaannya. Sebenarnya mat sat tadi pi beli barang2 untuk biskut raya, tapi rasa macam tak bess je sebab banyak benda takde, takpe lah kita buat dulu yang mana ada. Tahun ni nak buat biskut yang gentel2 dan tekan2 saja, macam malas nak buat biskut yang berhias bagai. Entri pertama hari ini seperti biasa, hehe, kita cuci mata dengan pembasah tekak. Kali ni buat sirap bandung soda yang boleh dikatakan femes juga di Johor. Ia mudah dan cuma satu saja, jangan letak soda tu terlampau banyak, nanti sirap bandung anda akan mendadih. Ada pelbagai versi tapi mat buat ikut resipi yang mula2 mat buat dulu. 


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 cawan ibu sirap
Gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
3/4 tin susu cair (mat syorkan guna susu sejat IDEAL)
3/4 jug kuib ais
1/2 tin ice cream soda (mat letak 3/4 tin)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais. Biarkan kiub air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
  2. Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya..

Post a Comment

8 Comments

  1. Che Mat...

    Biasanya saya akan bubuh sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak tu....
    Yang best kalau godak lama-lama sampai foamy. Macam aiskrim you....

    ReplyDelete
  2. bulan puasa tahun ni jer dah dua kali buat... sampai tak nampak makanan lain, hehehe

    ReplyDelete
  3. arggggghhhhhhhhh tidakkkkkkkkk... iman tergugat.. sedapnya...

    ReplyDelete
  4. aduhh ni memang sedap kalau minum cuaca panas2 ni. letak cincau lagi wallahhh

    ReplyDelete
  5. <--- tersalah masuk le aku..huwaaaaaa ;((

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.