BEN ASHAARI

Saturday, July 14, 2012

LEMAK CILI PADI TELUR ITIK DENGAN BELIMBING.

rsz_dsc_5110
Salam Sabtu dan selamat petang. Pagi tadi hujan kat Sedenak ni, tapi tak lebat, cuma sekali lalu. Sekarang ni cuaca pun berangin, redup dan nyaman. Hari ni mat masak lemak cili padi telur itik dengan belimbing buluh. Telur itik pemberian Azian Iskandar tempoh hari. Mat simpan dalam peti sejuk dan ia tetap segar. Untuk resipi ini mat guna 100% cili padi kampung bewarna hijau. Lebihkan serai dan daun kunyit bagi tambah harum. Di Negeri Sembilan gulai telur itik sejenis hidangan tradisi, dengar cerita di hari raya, ia juga turut dihidangkan dalam istana pembesar. Seperti biasa, kalau masak macam ni belimbing buluh menjadi pendamping yang paling serasi. Belimbing buluh dibelah dua tapi tak putus, dengan cara ini, belimbing tadi akan jadi kurang masam dan lebih enak. Kalau anda tiada telur itik, boleh juga diganti dengan telur ayam, cuma telur ayam kuning dia agak mudah pecah kecuali kalau anda guna telur ayam kampung. 

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur itik
1 keping asam gelugor
12 biji belimbing buluh, cuci dan belah dua tapi tak putus setiap sebiji
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, 1 disiat, 1 hiris halus
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung hijau, buang tangkainya
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai titik dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Perlahankan api. Pecahkan telur itik satu persatu ke dalam kuah, pastikan merahnya tidak pecah dan telur tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur itik mengeras, kacau perlahan dengan berhati2.
  2. Masukkan asam gelugor dan daun kunyit yang disiat. Tuang pati santan dan kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu.
  3. Akhir sekali masukkan belimbing buluh, masak sekejap. Tambah hirisan daun kunyit, kacau perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain....Melelehhhh ok...

12 comments:

AZLITA AZIZ said...

Alahai.. sedapnya.. lapar perut akak mat..

Amie said...

Sedapnya Mat.... kena bubuh kuahnya banyak-banyak atas nasi ni.

norinaomar said...

Ni memang lauk feveret saya masa dok N9 dulu

cik chinta said...

terasa nk p cari telo itik je skg. hihi

hana said...

salam mat... lagi aritu nak carik telor itik.. tp tak dapat2.. rasanya kene bela itik dulu kot.. dushhh

Azie said...

Baru tengah berkira kira nak membuat masak lemak telur itik yg masih berbaki 3 biji ... Sedap lah pulak belimbing tu.

Kak Rose said...

Mat!!! memalam dah ngences pulak tengok gulai tolo itik tu... sodap e!

m.u.l.a.n said...

isshhh... rasa pulak kat tekak ni.. rumah kak hanieliza ada beratus belimbing buluh.. subur sungguh..

dapat dah menu bulan puasa yg simple ni.. tqs MG..

Encik Zaharin said...

PCM .. sodapnyerr..paling suka gulai lemak kalo taruk belimbing buluh..sure makan laju2 2 pinggan pun rasa x cukup

c u m u h a m a said...

Assalamualaikum :)

Maaf mengganggu . Nak minta tolong sikit boleh ?

Minta tolong LIKE page n gambar nih . Kalo sudi share & promot skali la naa . Mohon kerjasama awak & rakan blogger sekalian. 1 LIKE mampu membuat ibu & anaknya tersenyum bahagia. Terima kasih ,Jasa anda amat dihargai :)

1. LIKE this page , https://www.facebook.com/Mumnbabycom


2. LIKE this photo , https://www.facebook.com/photo.php?fbid=344849685583802&set=a.332350763500361.70545.111646315570808&type=1&theater&notif_t=photo_comment_tagged


TARIKH TUTUP : 31 JULAI 2012

Mamasya said...

Salam CMG.sedapnya masak lemak telur itik....campur pulak dg belimbing...mmg membuka selera...

KYS said...

Salam Cik Mat,

Sebagai pencerahan, orang Melaka dan saya percaya juga di N9 akan titik dulu asam belimbing itu dan perah airnya sebelum masukkan buah dalam belanga. Jus itu tidak akan digunakan. Cubalah awak akan rasa kelainannya dan lebih sedap. Perkara yg sama juga utk nenas.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.