Assalammualaikum. Salam Isnin. Semalam mat tak bersiaran di blog sebab menerima kunjungan tetamu terdiri dari blogger dan juga kenalan di alam maya. Masak biasa2 sahaja. Entri kali ni yang mudah2 juga, cuma lauk cempak2 ibarat kata orang Muo. Sebab ada kupang segar Bak beli. Selalunya mat akan cuci bersih kupang tadi, kalau dikulit kupang ada teritip yang melekat (seakan2 batu karang), mat bersihkan dulu. Cara merebus pun agak mudah, mat selalu akan tumis hirisan bawang merah 2 biji dan 1 ulas hirisan bawang putih hingga harum, masukkan 1/2 camca teh garam dan kupang, gaul rata dan tutup, masak dengan api sederhana, tak perlu letak air, sebab kupang akan mengeluarkan airnya sendiri. Tutup permukaan kuali dan masak 5 - 6 minit hingga kupang terbuka......dan langkah seterus....
Keluarkan isi kupang dari kulit, anda nak makan terus pun boleh, nak cicah sambal kicap atau sambal cuka semua ok, TAPI, mat selalunya akan buang kotoran yang terdapat dibelah kanan kupang tadi, ada seketul benda warna hitam..bukan apa, rasa macam tak selesa kalau nak makan, rasa semacam je, sebab nampak benda hitam tu. Kalau kupang anda bersaiz besar, isi hitam tu besar juga. Lagi pun benda hitam tu mat "rasa" ia kotoran atau bahan kumbahan si kupang tadi...erkk...rela ke nak makan?..Dan juga janggut kupang yang rupa kasar seakan2 gumpalan rambut...Resipi mudah seperti dibawah.
BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
1 cekak kucai, kerat pendek
1 cawan isi kupang segar, dibersihkan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1/2 camca besar sos tiram
Sos ikan secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili merah dan hijau hingga harum dan layu. Masukkan kupang, kacau dan goreng sekejap, tambah sos tiram dan gaul rata.
- Masukkan taugeh dan kucai, besar kan api, dan kacau goreng hingga taugeh sedikit layu. Tambah sos ikan secukup rasa, masak sekejap, rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain....
12 Comments
aaaaa sedapnye.. !!!!! kalau ganti dgn Lala pun sedap gak kan
ReplyDeletetime kasih CMG...alkisahnya saya x pandai nak masak kupang fresh ni...aritu gi tambah air...hehehe...mmg tawar lerrr jadinya...
ReplyDeletesedap nampaknya rupa menu ni PCM, betul tu kupang tu kena dibersihkan betul2,kalau di kedai dengan janggut2 tu sekali ada..memang sakit perut jadinya.Lagi2lah kalau kupang di kawasan aku ni,kupangnya ada kala rasa "minyak" ..cisssss kupang terkena sisa tumpahan minyak kapal agknya!
ReplyDeleteSaya...lapar (>________<) Nak balik Johor la macam ni, singgah rumah Mat Gebu. huhuhu~
ReplyDeletebetullah Cik Mat, makanan laut bercengkerang ni memang ada air yang asli, tak perlu letak, macam tu jugak garam gulanya, secukup rasa..
ReplyDeletesuka kupang!
rindunya nak masak kupang...duduk johor senang dapt kt pasar n pasar malam berlambak.
ReplyDeleteche mat tumpang tanya boleh?kt area kl mna boleh dapat kupang fresh..tolong ciksu ..
Sedapnya kupang.... suka rebus je, cicah dengan lada kicap1
ReplyDeleteadehh.. sodap eayyy laa Mat.. :b
ReplyDeleteSedapnyer......i like kupang!!!
ReplyDeleteha ah kupan nie leceh skit nk cuci bersih..astu dulu mak pesan buang cacing nyer,,terkial2 la cr cacing lam kupang..jumpa tp sampai sudah x tau perbenda nya
ReplyDeleteassalamualaikum cik mat .....sedapnya sayur tauge tu...:)
ReplyDeletemasakan simple pun nampak sedap... dah lama x makan kupang.. rinduuuu..
ReplyDelete